suria

Suka ‘update’ status di Facebook pun boleh jana duit, cuba ikut langkah dikongsi perunding perkhidmatan ini

Media sosial boleh menjadi punca pendapatan pada masa ini. -Gambar hiasan

RAMAI dalam kalangan kita kini mencari jalan mudah untuk menambah pendapatan sampingan.

Ada yang berniaga kecil-kecilan, melakukan kerja secara freelance mahupun memanfaatkan platform digital. 

Sebenarnya, media sosial yang anda gunakan setiap hari, boleh menjadi sumber rezeki seperti dikongsikan Dr Othman Talib di laman Facebook.

Perunding perkhidmatan ini turut berkongsi contoh yang dilakukan pada akaun Facebook miliknya yang mempunyai 100,000 pengikut.

1. Masuk ke Monetization Manager

Boleh juga klik link https://business.facebook.com/creatorstudio atau Meta Business Suite

Kemudian klik pada menu Monetization dan seterusnya Payout Settings.

2. Isi maklumat pembayaran

Mulakan dengan klik pada Payout Settings

Kemudian klik pada Add Payout Account dan pilih kaedah bayaran secara Bank Transfer (terus ke akaun bank Malaysia) manakala Payoneer (jika tiada akaun bank tempatan)

Anda hanya perlu melengkapkan ruangan kosong berkaitan urusan pembayaran supaya terus masuk ke akaun perbankan.

3. Isi maklumat cukai

Maklumat percukaian perlu diisi menerusi Tax Forms.

Anda perlu memilih borang W-8BEN iaitu percuakaian bagi individu luar Amerika Syarikat.

Pastikan ruangan ini diisi dengan lengkap dan betul.

4. Bayaran minima: USD 100

Bayaran masuk setiap bulan bermula 21 hingga 30 hari bulan.

Duit akan automatik ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM) oleh pihak bank.

Artikel Lain