TATKALA tibanya Hari Raya Aidilfitri, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menggayakan pakaian baharu dan cantik.Malah, ia juga adalah satu amalan yang digalakkan dalam Islam sebagai simbol kesucian fitrah serta tanda meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa Namun, dalam keterujaan memilih busana raya, umat Islam sebaiknya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan tidak membebankan diri semata-mata mahu kelihatan menarik.Memetik perkongsian @Amory.hq di TikTok, anda masih boleh menambah baik penampilan pagi raya tanpa perlu berbelanja lebih dengan mengikut tip di bawah:1. Pemilihan warnaElakkan memakai lebih daripada tiga warna dalam satu pakaian bagi mengelakkan penampilan yang terlalu serabut.Pilih warna senada (monokromatik) kerana ia boleh memberi ilusi tubuh yang tinggi dan langsing kepada si pemakai.2. Kemas dan terjagaElakkan memakai baju dengan material ironless yang mudah berkedut, kerana ia boleh mencerminkan penampilan yang kurang rapi.Pastikan pakaian bergosok rapi untuk tampak lebih kemas dan menyerlahkan keperibadian yang mementingkan gaya.3. Pemilihan kasutHindari kasut berujung bulat (rounded toe) kerana ia boleh membuatkan tubuh kelihatan lebih rendah.Sebaliknya, pilih kasut berujung tajam (pointed toe) untuk memberi kesan kaki lebih panjang, tinggi, dan elegan.Gaya yang ringkas tapi menarik. (FOTO: Unsplash.com)4. Aksesori yang tepatElakkan memakai aksesori besar dan sarat seperti gelang emas yang berlebihan, kerana ia boleh mengalihkan tumpuan daripada keseluruhan penampilan.Pilih aksesori minimal dan halus seperti anting-anting kecil, rantai ringkas, atau gelang dengan perincian elegan untuk tampil lebih anggun dan muda.Selain itu, bagi yang mengenakan baju kurung, pemakaian selendang pada bahagian tubuh boleh menambah sentuhan elegan dan menyerlahkan keayuan anda.5. Bentuk beg tanganHindari beg tangan bergelembung (puffy bag), kerana ia lebih sesuai untuk gaya kasual atau remaja.Pilih beg tangan bertekstur dengan rekaan ringkas untuk memudahkan padanan dengan pelbagai pakaian dan mencipta aura elegan.Beg bersaiz sederhana dengan top handle lebih versatil dan sesuai untuk semua bentuk badan.6. Warna beg tangan Elakkan warna terang yang sukar dipadankan dengan busana tradisional.Sebaiknya, pilih warna neutral seperti hitam, krim, atau putih untuk memberi kesan mewah serta mudah dipadankan dengan pelbagai gaya raya.