suria

Tak kira siapa, semua boleh mainkan peranan... Nyonya Kain ajak orang ramai bantu golongan terkesan akibat pandemik

Kempen Kain & The Community Campaign diadakan bagi membantu golongan terkesan.

SABAN hari peningkatan kes Covid-19 semakin ketara di Malaysia dan situasi itu sekaligus menambah tekanan kepada masyarakat khususnya dalam menghadapi situasi mencabar itu.

Enggan terus berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa, butik dalam talian Nyonya Kain terpanggil untuk sama-sama memainkan peranan dalam memastikan beban ditanggung dapat diringankan atas semangat #kitajagakita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada jalan mudah... Wanita ini anak Malaysia pertama bergelar penata gaya jenama pakaian lelaki di New York

Pengasasnya, Dayana Reza memberitahu dia percaya usahawan mempunyai kekuatan dalam usaha itu sekaligus menyalurkan pertolongan dan bantuan kepada golongan memerlukan.

Berbekalkan semangat bulan Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, Dayana turut mengambil inisiatif untuk mengadakan inisiatif Kain & The Community Campaign dengan kerjamasa MERCY Malaysia.

Nyonya Kain

Pelbagai fesyen diketengahkan Nyonya Kain.

"Saya yakin kempen ini dapat menyampaikan mesej untuk semua masyarakat agar melakukan kebaikan terhadap orang lain, memberi inspirasi untuk membantu dengan cara tersendiri.

"Pada tempoh sukar ketika ini, adalah penting untuk kita bersatu sebagai sebuah negara," katanya.

Bercakap mengenai kempen itu, Dayana berkata, ia bertujuan untuk menyokong MERCY dalam usaha mereka untuk memperkemaskan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia sekaligus mengatasi lonjakan kes Covid-19 di negara ini.

Melalui kerjasama itu, Nyonya Kain akan menyumbang 20 peratus daripada semua penjualan bermula 8 Julai lalu sehingga 31 Oktober depan kepada MERCY dalam usaha membeli bantuan perubatan ke seluruh Malaysia selain pelaksanaan pusat vaksinasi bergerak (PPV) untuk golongan memerlukan.

Nyonya Kain 2

Dengan setiap pembelian barangan di butik itu, 20 peratus daripadanya akan disumbangkan kepada MERCY Malaysia.

"Sumbangan itu juga akan diberikan untuk bantuan kemanusian berterusan kepada pihak terlibat termasuk hospital, sukarelawan dan barisan hadapan," jelasnya yang memberitahu setakat ini RM10,000 berjaya dikumpulkan untuk tujuan itu.

Tambahnya, sepanjang tempoh kempen itu, pelanggan boleh membeli apa sahaja barangan di laman web Nyonya Kain seperti pakaian, aksesori dan sebagainya.

Tidak hanya itu, Nyonya Kain turut memulakan kempen #BatikForEveryone #Merdeka sehingga 16 September ini dalam usaha mengajak orang ramai menghargai seni tempatan.

Nyonya Kain menawarkan pelbagai produk batik buatan tangan dan menerapkan konsep zero-waste dengan memastikan setiap helai kain digunakan sepenuhnya dalam produk mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain