suria

Bau memang harum tapi ketahui kesan pewangi dalam produk rawatan wajah

Pemilihan produk yang sesuai dengan wajah sangat penting.

KETIKA membeli sesuatu produk perawatan kulit biasanya antara faktor yang diambi kira adalah kandungan bahan-bahan digunakan.

Ia penting terutamanya bagi yang mempunyai kulit sensitif selain jenis kulit mengikut kesesuaian si pemakai.

Kebanyakan daripada mereka yang mempunyai masalah kulit atau kulit sensitif akan mencari produk yang fragrance free atau bebas pewangi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kusam dan tak bermaya ? Cuba 5 langkah penjagaan kulit wajah ini

Biarpun bau yang nyaman dan wangi merupakan bonus kepada sesuatu produk tetapi tahukah anda bahawa pewangi tidak disyorkan kerana ia mungkin mendatangkan bahaya pada kulit wajah.



Kesan sampingan seperti berjerawat atau ruam boleh berlaku.

Kebiasaannya, pewangi ini diperbuat daripada campuran minyak essential dan bahan kimia lain serta dicampur dengan bahan sedia ada pada sesuatu produk.

Biasanya, ia adalah campuran seperti ethanol dan air ataupun campuran minyak kelapa, aceton, benzyl alcohol, camphor, ethyl acetate, liqiud waxes dan sebagainya.

Bagaimanapun fragrance free merendahkan risiko untuk munculnya alergi atau kegatalan pada kulit wajah meskipun ia tidak mempunyai bau yang harum.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, pemilihan produk bebas pewangi ini lebih perlu dititikberatkan bagi mengelak sebarang kesan reaksi pada kulit wajah.

Antara kesan sampingannya ialah kemerahan pada kulit wajah, kegatalan, timbul jerawat atau ruam dan sakit kepala.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain