suria

Bukan saja tak cukup tidur... otot terlalu aktif, kulit menipis punca lingkaran hitam bawah mata

Lingkaran hitam di bawah mata boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

LINGKARAN hitam di bawah mata barangkali adalah perkara biasa bagi sesetengah individu disebabkan kekurangan tidur.

Kehadiran lingkaran hitam itu bukan sahaja menunjukkan seseorang itu kepenatan tetapi juga membuatkan wajah seseorang nampak lebih berusia dan tak bermaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukur bulu ketiak ada baiknya, paling penting bukan punca badan berbau!

Bagaimanapun kekurangan tidur bukanlah satu-satunya punca masalah itu kerana terdapat sebab lain termasuklah;

1. Pigmentasi berlebihan

Bagi orang yang mempunyai masalah alahan ia boleh muncul di bawah mata. Ia seterusnya menyebabkan hiperpigmentasi. Selain itu, paparan sinaran matahari berlebihan dan ubat-ubatan tertentu juga dapat menyebabkan pigmentasi yang membuatkan bawah mata hitam.

2. Penipisan kulit

Seiring dengan waktu dan usia, kulit kita akan menjadi semakin nipis. Ini membolehkan cahaya menembus lapisan pada bahagian mata dengan lebih mudah. Ia sekaligus menyebabkan otot dan pembuluh darah di bawah lapisan kulit menonjol sehingga membuatkan warna ungu seperti lebam.

3. Volume lapisan lemak berkurang

Peningkatan usia membuatkan lemak di bawah lapisan kulit semakin berkurangan membuatkan kulit tidak lagi mempunyai 'volume' seperti mana ketika muda. Volume yang berkurangan itu lama-kelamaan membuatkan bahagian bawah mata menjadi gelap.

4. Otot mata terlalu aktif

Pergerakan kulit dan ekspresi wajah dapat menyebabkan peregangan dan penyusutan pada kulit. Akibatnya kulit di bahagian mata akan bertukar menjadi hitam dan kusam.

Peptida terdiri daripada asid amino di mana ia antara bahan dalam produk penjagaan kulit dapat membantu memerangi lingkaran hitam sekaligus meningkatkan sirkulasi mikro dan mencerahkan area bawah mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain