suria

Kuasa makeover! Lebih 3 bulan diri tak terurus, style dan penampilan lelaki ini berjaya diubah dalam masa 5 jam

Wafi berasa lebih yakin untuk berdepan para pedagang pasaran saham di bawah kendaliannya dengan gaya dan penampilan dirinya yang baharu.

SIAPA kata grooming dan makeover tak penting untuk lelaki?

Kalau suatu masa dulu bersih dan kemas sudah memadai untuk seorang jejaka, tapi sekarang tanggapan itu mesti dibuang jauh-jauh kerana tak kira anda lelaki atau wanita, penampilan dirilah yang akan dinilai terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Botakkan kepala memang mudah tapi ada 4 perkara perlu diambil kira

Mohd Alwafi Mohd Azian sebelum ini begitu selesa dengan fizikal dan imej lelaki ringkas yang dibawanya, tetapi terpaksa melakukan transformasi kerana perlu terlibat dalam satu sesi ‘photoshoot’ untuk akademi yang diasaskannya, WR Trader Academy.



Wafi mengakui kurang mengambil berat tentang penampilan dirinya sejak PKP dilaksanakan Mac lalu.

Menurut Mohd Alwafi, dirinya agak tidak terurus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu apabila dia tidak perlu keluar rumah bertemu pelanggan dan traders seperti kebiasaannya.

“Saya hanya tumpu mengadakan kelas dagangan (trading) secara online dengan para traders yang melanggan perkhidmatan saya melalui www.wrtraderacademy.com.

“Jadi saya kurang keluar rumah sehingga rambut, misai dan jambang agak panjang. Apabila PKP dilonggarkan dan saya perlu menjayakan sesi fotografi bagi keperluan akademi, saya benar-benar memerlukan seseorang yang boleh memperbaiki penampilan diri,” katanya.

Perlu mengubah penampilannya segera, Mohd Alwafi yang lebih mesra disapa Wafi ini lega apabila diperkenalkan dengan model iklan, Rosli Nordin yang bersedia melakukan perubahan 360 darjah ke atas dirinya dalam masa begitu terhad.

Rosli mengambil masa sekitar lima jam untuk melakukan transformasi ke atas diri Wafi.

Bagi Rosli pula, dengan pengalaman sendiri, pembacaan dan pemerhatian serta menonton pelbagai visual mengenai grooming, makeover dan fesyen, dia cuba memberikan perkhidmatan terbaik mengikut kesesuaian umur, pekerjaan dan personaliti usahawan berjaya dalam bidang pelaburan itu.

“Pada awalnya agak bimbang dan cemas, tapi saya yakinkan diri boleh melakukannya.

“Grooming dan makeover sangat penting bagi mewakili personaliti, status sosial, bidang pekerjaan, imej syarikat atau organisasi selain menonjolkan kredibiliti seseorang,” katanya.

Untuk fesyen dan gaya, dia mengambil masa hampir lima jam di pusat beli belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC) membeli sut pejabat yang sesuai dengan bentuk tubuh Wafi, sepasang kasut, dua helai kemeja, tali leher, lapel pin dan stoking.



Segak dan nampak lebih meyakinkan!

Wafi juga dibawa memotong rambut dan perlu mencuci muka bagi menampakkan wajah yang lebih ‘fresh’ sebelum akhirnya disembur wangian untuk menjayakan sesi fotogtafi yang dihadirinya.

‘Bertukar’ menjadi seorang jejaka yang lebih kemas, segak dan bergaya, semestinya Wafi berpuas hati dengan dirinya yang baharu.

Selain gembira mendapat pujian, apa yang penting penampilan baharu ini membuatkan dia berasa lebih yakin untuk membantu para pedagang pasaran saham di bawah kendaliannya.

“Akademi saya melahirkan ramai traders yang berjaya... kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang traders ini boleh akses melalui Telegram dan Facebook WR Trader Academy,” kata bekas Jurutera Tekanan Paip (Piping Stress Engineer) ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain