suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakai pelitup muka buat wajah nampak lebih menarik, betul ke?

Memakai pelitup muka membuatkan wajah kelihatan lebih menarik.

MEMAKAI pelitup muka ketika melakukan aktiviti di luar rumah dapat membantu kita terhindar daripada penyebaran virus covid-19.

Tapi di samping itu, pelitup muka juga dapat membuatkan kita lebih cantik atau kacak di mata seseorang. Benarkah?

ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan baharu! Guna periuk nasi cuci pelitup muka mampu hapus 4 jenis virus... ini cara disyorkan penyelidik

Satu kajian dilakukan Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat baru-baru ini memberitahu individu yang memakai pelitup muka dianggap lebih menarik.

Penyelidikan diberi nama 'Beauty and the Mask' itu dilakukan dengan menggunakan 500 responden lelaki dan wanita menerusi data yang diambil daripada Chicago Face Database.

Peserta diminta untuk mengklasifikasikan wajah seseorang yang tidak memakai pelitup muka dan melabelkan mereka dalam kategori sama ada menarik, tidak menarik atau biasa.



Artis Korea memang cukup gemar memakai pelitup muka sebelum Covid-19 lagi setiap kali muncul dikhalayak.

Mereka sekali lagi akan mengundi menggunakan gambar sama namun kali ini semua wajah dipakaikan pelitup muka.

Hasilnya cukup mengejutkan apabila wajah yang sebelum ini diletakkan dalam kategori tidak menarik sudah berpindah kepada kategori menarik atau biasa sebanyak 42 peratus.

"Ramai yang percaya bahawa mata adalah salah satu pengaruh kuat dalam menilai daya penarik seseorang," kata David B. Sarwer, ketua penyelidikan tersebut.

Jelasnya, penyelidikan ini juga bukti bahawa bahagian bawah wajah yang ditutup pelitup muka juga memainkan peranan penting dalam menentukan daya penarik seseorang.

"Bentuk wajah, hidung, rahang, leher, bibir semuanya memainkan peranan dan boleh jadi ia penyebab wajah seseorang tidak menarik. Tetapi apabila ia ditutup dengan pelitup muka, wajah seseorang nampak lebih kacak atau jelita," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
pelitup muka, penyelidikan, Covid-19

Artikel Lain