suria

Jangan sembarangan... Ketahui bahaya pewarna rambut kimia!

Penggunaan pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan termasuk risiko penyakit kanser.

RAMAI daripada kita pernah mewarnakan rambut, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup sama ada untuk tujuan kecantikan, menutup uban atau pun sekadar mengikut trend semasa.

Menurut satu kajian, lebih daripada 35 peratus wanita dan 20 peratus lelaki menggunakan pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.

Tapi tahukan anda, penggunaan bahan kimia dalam pewarna rambut bukan sahaja mempengaruhi rambut tetapi juga kesihatan anda secara keseluruhannya!

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja penyeri kek, ketahui 5 manfaat blueberry untuk kulit dan rambut

Kajian dilakukan juga mendapati mewarna rambut yang mempunyai bahan kimia dapat meningkatkan risiko kanser darah seperti limfoma dan leukemia.

Ini kerana pewarna rambut mengandungi lebih daripada 5,000 bahan kimia yang ada di antaranya bersifat karsinogen iaitu agen yang mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup seperti asbestos, benzena dan lain-lain.

Sebaik-baiknya guna inai yang lebih semulajadi tapi tetap tahan lama.

Semakin anda terdedah dengan bahan ini, semakin besar kemungkinan anda terkena kanser.

Bagaimanapun sejak era 1980-an, semua produk pewarna rambut diformulasikan semula untuk mengeluarkan bahan-bahan berbahaya itu.

Pada 2010, International Agency for Research on Cancer, memberitahu tiada sebarang bukti kukuh untuk mengatakan penggunaan pewarna rambut meningkatkan risiko kanser.

Bagaimanapun dalam satu kajian lain pula mendapati bahawa individu yang mempunyai potensi terkena kanser disebabkan genetik boleh meningkatkan risiko jika menggunakan produk pewarna rambut kimia.

Formula baharu pewarna rambut yang tidak menggunakan bahan kimia penyeba kanser bukan bererti risiko itu langsung tiada sebaliknya banyak kajian masih dilakukan mengenai hal tersebut.

Paling baik adalah cari alternatif lain seperti menggunakan pewarna rambut inai (henna) atau grapheme.

Henna merupakan pewarna rambut dari tumbuh-tumbuhan yang mampu bertahan sehingga enam minggu manakal grapheme adalah alternatif pewarna rambut tidak beracun.

Ia bukan sahaja tidak mempunyai bahan kimia sebaliknya mampu bertahan dengan 30 kali cucian namun sayangnya ia hanya didatangkan dalam dua warna sahaja iaitu hitam dan coklat.

Pewarna Rambut, Kanser, Limfoma, Leukemia

Artikel Lain