Jangan main sembur... Ketahuilah haruman manakah sesuai untuk anda - Mode | mStar

Jangan main sembur... Ketahuilah haruman manakah sesuai untuk anda

Pelbagai minyak wangi dijual di pasaran tapi awas... tak semuanya sesuai untuk anda.

PENGGUNAAN haruman bukan sahaja memberi keyakinan kepada si pemakai, malah ia turut melambangkan personaliti setiap individu.

Lain orang berbeza cita rasanya, begitu juga dalam pemilihan wangian. Ada yang suka bau-bauan berunsurkan bunga, buah-buahan dan macam-macam lagi.

Namun, tahukah anda terdapat pelbagai jenis haruman di pasaran. Di kedai haruman misalnya, anda boleh lihat pelbagai seleksi minyak wangi yang dibezakan dengan nama perfume (parfum), eu de toilette (EDT), eau de parfum (EDP) dan eu de cologne (EDC).

Penting sebenarnya untuk anda ketahui jenis-jenis haruman yang wujud di pasaran. Iyalah, setidak-tidaknya, bukan sekadar main sembur sahaja. Tak begitu?

Pelbagai jenis haruman yang dijual di pasaran.

Perfume atau parfume merupakan wangian yang paling kuat baunya. Ini kerana ia mengandungi 15 hingga 30 peratus kepekatan intipati minyak wangi.

Haruman jenis ini biasanya boleh kekal sehingga enam jam, bergantung kepada jenis kulit si pemakai.

Bagi EDP pula, ianya lebih ringan dengan kepekatan lapan hingga 15 peratus sahaja, di mana harganya agak murah dan biasanya ia boleh kekal antara tiga hingga lima jam.

Berbeza dengan EDT, kandungan kepekatannya begitu rendah, dalam lingkungan empat hingga lapan peratus sahaja dan baunya kekal hanya dalam tempoh dua hingga empat jam.

Setiap haruman mempunyai identiti tersendiri yang menyerlahkan karakter si pemakai.

Salah satu haruman yang agak popular dan diminati ramai ialah cologne. Haruman ini juga agak ringan dengan kepekatan tiga hingga lima peratus.

Bagi yang meminati wangian jenis ini, anda mungkin patut mencuba jenama dari Perancis, Atelier Cologne.

Haruman popular antarabangsa ini baru sahaja membuka butik pop up pertama di Malaysia, bermula 22 November lalu.

Apa yang menjadikan ia lebih eksklusif, butik haruman yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini hanya akan beroperasi sehingga Februari 2019 sahaja.

Butik pop up Atelier Cologne yang dibuka di KLIA.

Bagi yang berminat, anda hanya mempunyai tempoh singkat untuk berkunjung dan mendapatkan seleksi cologne mereka.

Di butik itu, mereka turut menawarkan haruman cologne absolues yang diminati ramai iaitu Orange Sanguine dan Pomelo Paradis.

Orange Sanguine merupakan gabungan oren darah yang dipotong, haruman geramium dari China dan kayu cendana Australia.

Apa yang istimewa, anda juga boleh mengukir nama pada sarung kulit di butik Atelier Cologne.

Berbeza dengan Pomelo Paradis, ia dihasilkan dengan kombinasi pomelo merah jambu, pati ros dari Bulgaria serta vetiver dari Haiti.

Malah, mereka turut menawarkan banyak lagi haruman lain yang pastinya bakal menggoda deria anda.

Apa yang penting, pilih haruman yang bersesuaian dengan karakter dan personaliti anda.

Atelier Cologne , EDT , EDP , Minyak Wangi , perfume

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati