Ramai terlepas pandang! Ini cara mudah, murah elak jerawat

Hampir 85 peratus daripada mereka yang berumur antara 12 hingga 24 tahun mengalami masalah jerawat. -foto THE STAR

JERAWAT merupakan masalah kulit yang paling ditakuti semua orang tidak kira jantina mahupun peringkat umur.

Manakan tidak, hanya disebabkan jerawat, kita akan rasa malu, kurang keyakinan diri malah mampu menyebabkan sesetengah individu menjauhkan diri daripada orang lain.

Masalah jerawat biasanya akan menyerang di bahagian tertentu misalnya di bahagian muka, leher, belakang badan, dada dan bahu.

Oleh itu, kaedah rawatan kulit berjerawat ini sangat penting bagi mengatasi masalah ini atau sekurang-kurangnya membantu mengurangkan masalah yang dihadapi.

Berikut merupakan beberapa tip dari mStar Online untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bebas daripada jerawat.

1. Minum banyak air

Jika anda mengalami masalah jerawat khususnya di bahagian muka, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana ia mampu membantu mencegah pertumbuhan jerawat.

Ini kerana air mampu menyingkirkan lebihan minyak dan toksin selain membantu melembabkan kulit dan mencegah liang roma daripada tersumbat.

Pengambilan air kosong mampu menyingkirkan lebihan minyak dan toksin dalam badan seterusnya melembabkan kulit.

2. Elakkan perangsang

Rokok, kopi, teh, gula, minuman bekarbonat dan makanan ringan harus dielakkan. Ini kerana bahan yang terkandung dalam makanan berikut mampu merangsang dan merembes lebih banyak minyak, seterusnya menyebabkan masalah jerawat menjadi lebih teruk.

3. Amalkan pemakanan seimbang

Tabiat menjaga pemakanan sangat penting dalam mengekalkan kesihatan badan.

Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang mengandungi nutrien terutamanya vitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk membantu dalam penghasilan sel darah dan hormon.

Paling penting, elakkan makanan yang sensitif untuk diri anda. 

Pengambilan vitamin daripada buah-buahan dan sayur-sayuran membantu menstabilkan hormon dalam badan.

4. Atasi tekanan

Percaya atau tidak, tekanan juga antara faktor penyumbang kepada masalah jerawat.

Ya, pakar mendapati korteks adrenal menukarkan androgen adrenel kepada hormon testosteron dalam kedua-dua badan lelaki dan wanita.

Ia akan menyebabkan kelenjar sebum menjadi aktif dan terhasilnya T-zon di muka walhal bahagian lain pula kering kerana dehidrasi.

Maka, jerawat yang terhasil adalah disebabkan tekanan dan dehidrasi.

5. Kebersihan peribadi

Ya, menjaga kebersihan diri adalah sangat penting!

Anda perlu kerap menukar alas bantal, mencuci baju, pakaian dalam dan tuala badan, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Ini bagi mencegah pembentukan atau penyebaran bakteria yang mampu menyebabkan masalah jerawat menjadi lebih parah.

6. Gunakan produk kulit yang sesuai

Masalah jerawat boleh diatasi menggunakan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan anda.

Ketidakserasian set penjagaan kulit juga antara punca jerawat.

Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai boleh menyebabkan jerawat.

Anda boleh berhenti menggunakan produk yang tidak sesuai selama sebulan sebelum bertukar kepada produk anti-jerawat.

Sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar kulit.

jerawat, penjagaan kulit

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain