Konsep ‘panah petir’ dihiasi puluhan ribu batu permata pilihan Tok Ti - Mode | mStar

Konsep ‘panah petir’ dihiasi puluhan ribu batu permata pilihan Tok Ti

Siti Nurhaliza menggayakan baju rekaan Rizman Ruzaini.

PENAMPILAN penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pada majlis-majlis hiburan sudah pasti mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan peminatnya.

Penyanyi lagu Anta Permana yang hadir pada majlis Anugerah Nona Superwomen 2018  baru-baru ini menggayakan busana pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini juga mencuri perhatian tetamu.

Busana berwarna hitam itu dihias dengan puluhan ribu batu permata ternyata menyerlahkan penampilan ibu kepada Siti Aafiyah ini pada malam tersebut.

Menurut personaliti tersohor ini, rekaan tersebut merupakan inspirasi pereka fesyen dari negara Timur Tengah.

"Pilihan baju adalah inspirasi dari pereka fesyen antarabangsa yang saya hantarkan kepada Rizman. Saya tanya dia mampu ke? Rizman kata boleh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rizman berkata, konsep ‘panah petir’ itu adalah idea Siti sendiri.

2,000 biji batu permata hanya di bahagian lengan dan bahu sahaja.

Katanya, ia merupakan kali pertama penyanyi itu memberikan idea inspirasi baju yang ingin digayakan.

"Baju ini disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu juga. Fabrik digunakan daripada material creep dan bahagian dalam ada construction supaya ia terletak cantik di badan,” ujarnya.

Selain itu, Rizman menambah terdapat puluhan ribu batu permata pada baju gaun tersebut.

"Lebih 2,000 batu permata, itu hanya di lengan sahaja. Puluhan ribu rasanya. Konsepnya 'panah petir' ujarnya.

Bagaimanapun, keaslian rekaan itu dipertikaikan netizen apabila ada yang mendakwa busana itu diciplak daripada pereka fesyen Lubnan.

Siti Nurhaliza , Rizman Ruzaini

Artikel Lain