suria

Yang bagus tak semestinya mahal, Che Ta kongsi 6 tip pilih beg tangan

Che Ta berkongsi beberapa tip mudah untuk anda memilih beg tangan yang bersesuaian. FOTO: Laxus.com & Instagram Rozita Che Wan

WANITA dan beg tangan memang tak boleh dipisahkan, tanpa beg tangan rasa tak lengkap gaya apabila keluar dari rumah.

Sekarang ni beg tangan bukan untuk isi barang-barang seperti bedak, minyak wangi, beg duit dan powerbank je uols, ia juga menjadi pelengkap gaya bagi seseorang wanita.

Tapi, nak bergaya pun mesti ada ilmu. Janganlah main hentam je, nanti tak kena dengan majlis pula.

Rambang mata tengok pelbagai rekaan beg tangan menawan.

Kalau di Malaysia ni sebagai contoh, pelakon popular, Rozita Che Wan atau Che Ta, semua beg tangan yang digayakannya nampak meletop.

Che Ta juga ada berkongsi enam tip pemilihan beg tangan yang boleh anda jadikan sebagai panduan.

Berikut merupakan enam tip berkenaan.

1. Majlis

Menurut perkongsian ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini, pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian majlis sangat penting.

Kata Che Ta lagi, pilihlah beg tangan yang sedikit elegan dan berkulit lebih lembut.

Namun apa yang penting, biarlah ia bersesuaian dengan acara yang dihadiri.

2. WARNA

Hitam, nude dan coklat adalah warna universal yang paling senang untuk dipadankan dengan pelbagai baju.

Namun kata Che Ta, seandainya anda mahu menyuntik kelainan, boleh pilih warna seperti hijau, pink atau warna-warna terang.

Ringkas tapi menarik. (FOTO: Unsplash.com)

3. BENTUK BADAN

Selain rupa bentuk beg, bentuk badan si pemakai juga perlu diambil kira.

Kata Che Ta, kalau beg tangan cantik tapi tak bersesuaian dengan bentuk badan, gaya pasti tidak menawan.

Jika anda memiliki ketinggian kurang 6 kaki, seeloknya pakai beg tangan yang tidak terlalu besar.

Mereka yang tinggi pula, janganlah bawa beg tangan yang terlalu kecil.

Maksudnya di sini, pilihlah beg tangan yang bersesuaian dengan ketinggian dan saiz anda.

4. Harga

Aspek harga pun penting. Tapi dalam nak bergaya, berpada-padalah kita.

Kata orang, bergaya biar ikut kemampuan.

Betul kata Che Ta, kalau boleh memang nak pakai yang berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel dan macam-macam lagi, tapi banyak juga jenama baharu yang tak terkenal namun kualitinya sangat bagus.

Jadi, pilihlah dengan bijak kerana beg tangan yang cantik tak boleh kenyangkan perut pun. Janganlah ikat perut semata-mata untuk miliki beg tangan mewah.

Fuh kalau dapat yang ni, senget bahu bawa beg jalan-jalan pergi mall. Lawa sangat. (FOTO: purseblog.com)

5. Kualiti

"Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal," kata Che Ta.

Anda pun pasti bersetuju dengan pandangan Che Ta, kalau boleh masa nak beli tu tengoklah cara jahitan, material dan juga baca testimoni atau ulasan mengenai produk berkenaan.

6. Rekaan beg tangan

Menurut Che Ta lagi, rekaan beg tangan adalah faktor yang paling utama sebenarnya.

"Sebab benda pertama yang kita nampak adalah rekaan beg itu sendiri, betul tak?

"So sangat penting uolls pilih design yang trendy, modern dan evergreen," ujar isteri kepada Zain Saidin itu.

Senang dan ringkas sahaja enam tip yang diberikan oleh Che Ta. Jadi lepas ni, nak beli beg tangan, bolehlah ikuti tip kat atas.

beg tangan, Rozita Che Wan, Che Ta, tip

Artikel Lain