suria

Malu ketiak gelap? 5 barang di dapur boleh jadi penyelamat

Antara bahan yang mudah didapati di dapur boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gelap ketiak.

KESAN gelap di kawasan ketiak boleh dianggap musuh kepada golongan wanita, terutamanya bagi mereka yang gemar mengenakan pakaian tanpa lengan.

Apabila ada kesan gelap di situ, sudah tentu anda berasa malu untuk mengangkat tangan, bukan?

Apa kata anda cuba tip di bawah untuk tampil lebih yakin. Tidak semestinya untuk mereka yang mengenakan baju tanpa lengan sahaja.

Wanita berhijab atau sering memakai baju berlengan juga harus memastikan bahagian ketiak 'suci' tanpa sel kulit mati!


1. Cuka epal sider

Campurkan dua sudu cuka epal sider dan dua sudu soda penaik dan kacau sehingga berbuih. Selepas buih campuran itu hilang, sapukannya pada bahagian ketiak dan biar ia kering. Kemudian, bilas dengan air sejuk dan ulang langkah ini tiga kali seminggu.

2. Aloe vera

Potong daun aloe vera dan asingkan bahagian gelnya. Sapukan lapisan gel itu di kawasan ketiak dan biarkan selama 10 ke 15 minit sebelum membilasnya dengan air. Jika anda tidak mempunyai daun aloe vera, boleh gunakan gel aloe vera organik. Ulang langkah ini selang sehari sehingga nampak perubahan.


3. Serbuk kunyit

Campurkan sesudu serbuk kunyit, sesudu susu segar dan sesudu madu dalam satu bekas. Sapukan campuran itu tadi ke bahagian ketiak dan biarkan ia kering selama 10 ke 12 minit.  Ulang langkah ini dua kali seminggu. Jangan guna kaedah ini jika anda mempunyai alahan terhadap barangan tenusu.

4. Jus lemon

Hiris sebiji lemon kepada berapa hirisan tebal dan gosok ke bahagian ketiak selama dua ke tiga minit. Biarkan jus lemon itu selama 10 minit sebelum membilasnya. Ulang langkah ini tiga atau empat kali seminggu.

5. Timun

Sapukan dua hirisan timun ke bahagian ketiak selama satu atau dua minit. Biarkan jus timun itu kering selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air. Amalkan kaedah ini setiap hari untuk keputusan lebih berkesan.

Ketiak, lemon, timun

Artikel Lain