suria

Pemandi jenazah nampak kelibat di ladang, ahli keluarga diganggu di rumah... Arwah rupanya bela hantu raya

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan

APABILA berlakunya kematian, Pak Saad (bukan nama sebenar) merupakan antara individu terawal yang dicari di kampungnya.

Pak Saad yang kini berusia 60-an mengabdikan seluruh hidupnya sebagai pemandi jenazah yang mana ia merupakan pekerjaan tradisi keluarganya.

Sebagai orang lama, sudah tentu Pak Saad mempunyai banyak pengalaman termasuklah kisah-kisah yang agak seram.

Antaranya, Pak Saad pernah melihat orang yang sudah meninggal dunia berkeliaran di kampungnya.

Kisah yang berlaku sekitar tahun 2009 itu masih lagi segar di ingatannya.

Pada malam kejadian, Pak Saad dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung tentang kematian sahabatnya iaitu Hamid.

Selepas menerima khabar duka itu, Pak Saad terus menghidupkan enjin motosikal kapcainya untuk pergi ke rumah arwah.

Kapcai yang sudah usang itu ditunggang perlahan dan sebelah tangan Pak Saad memegang lampu suluh untuk melihat jalan.

kubur 2

Kematian seseorang itu pastinya akan meninggalkan kesan yang besar terhadap keluarganya. -Gambar hiasan

Ketika lalu di ladang milik arwah Hamid, dia melihat seorang lelaki berkain pelikat dan tidak berbaju sedang berjalan kaki.

Tiba-tiba, lelaki itu berpaling dan Pak Saad terkejut melihat wajahnya yang kelihatan 100 peratus seperti arwah.

"Allahuakhbar," jerit Pak Saad sebelum dia memberhentikan motosikalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ‘hiking’ waktu Maghrib, 3 pemuda tak jumpa jalan keluar... Menyesal abai larangan lelaki bertongkat

ARTIKEL BERKAITAN: Bahana beli perabot terpakai, ibu tiba-tiba jatuh sakit... Pukul 4 pagi nampak kelibat orang tua

Dalam keadaan cemas, Pak Saad mula membaca ayat suci al-Quran dan kelibat itu terus hilang di sebalik semak samun.

Pak Saad kemudiannya meneruskan perjalanan dan tiba ke rumah arwah Hamid beberapa minit kemudian.

Segalanya berjalan dengan lancar pada malam itu sehinggalah Hamid selamat dikebumikan oleh penduduk kampung.

Beberapa hari selepas kematiannya, isteri arwah datang berjumpa Pak Saad dan memaklumkan tentang kejadian pelik yang dialami mereka sekeluarga.

Rupa-rupanya, keluarga mereka sudah beberapa kali diganggu dengan kelibat pelik yang berwajah seperti arwah pada waktu malam.

Ketika itulah juga Pak Saad diberitahu yang arwah sebenarnya ada membela hantu raya untuk menguruskan ladangnya.

Sebagai rakan kepada arwah, Pak Saad bertindak membantu balu dan anak-anaknya untuk mencari ustaz bagi menghentikan gangguan berkenaan.

Selepas beberapa sesi, keluarganya juga sudah tidak diganggu dengan kelibat arwah.

Artikel Lain