suria

Padah ‘hiking’ waktu Maghrib, 3 pemuda tak jumpa jalan keluar... Menyesal abai larangan lelaki bertongkat

Mendaki merupakan salah satu aktiviti riadah yang popular. -Gambar hiasan

KEBIASAANNYA aktiviti luar seperti mendaki dibuat pada waktu awal pagi.

Namun, Aniq (bukan nama sebenar) lebih suka mendaki pada waktu senja untuk melihat suasana matahari terbenam.

Aniq bersama dua rakan baiknya iaitu Izham dan Faris biasanya mendaki bukit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Namun, mereka berdepan satu kejadian yang menakutkan ketika mendaki sebuah bukit di Terengganu, hujung tahun lalu.

Semuanya bermula apabila tiga sahabat itu ditegur seorang pakcik tua bertongkat ketika sedang berada di kaki bukit.

"Adik nak naik lagi ke? Dah dekat Maghrib ni, baik turun cepat-cepat... bahaya," pesan pakcik berjubah lusuh itu.

Ketika itu, mereka hanya tersenyum dan menganggukkan kepala sebelum meneruskan pendakian.

Hikers and trails of Bukit Wawasan, Puchong. — YAP CHEE HONG/The Starpixman to take pics of hikers at Bukit Wawasan. Also take general shot of the area, bonus if can get animals. Pics is for Metro P1 cover. Rep won't be going.

Geng pendaki dinasihati supaya sentiasa berjaga-jaga ketika berada di kawasan terpencil. -Gambar hiasan

Ketika mendaki, mereka juga sempat berborak mengenai pakcik itu.

"Dari mana pakcik tu datang? Dah bertongkat pun gagah lagi berjalan," kata Faris.

"Dia orang sini kot," jawab Aniq ringkas.

Selepas sampai ke puncak, mereka menghabiskan kira-kira 40 minit untuk menerbangkan dron serta merakam foto matahari terbenam.

Pada pukul 8.30 malam, mereka mula bergerak turun namun jalan yang dilalui berakhir di tempat yang sama.

file7byaw5f43rs18tictgaf

Aktiviti mendaki bukit pada waktu malam adalah tidak digalakkan. -Gambar hiasan

Selepas tiga kali mencuba, tiga sahabat itu mula berasa panik dan takut, malah mereka juga sudah kepenatan.

Kira-kira 10 minit selepas mereka duduk bertenang, Aniq kemudiannya bangun dan melaungkan azan sekuat hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah sewa diganggu lepas 2 minggu housemate meninggal, perawat bongkar barang kotor di bilik arwah jadi punca

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing berbual dengan syaitan! Wanita bungkus bayi dalam kain batik lesap, kereta bau hanyir seperti darah

Akhirnya, tiga sahabat itu dapat melalui jalan yang betul dan berjaya turun ke kaki bukit dan terus berlari masuk ke kereta.

Mereka akhirnya pulang ke chalet dalam keadaan ketakutan.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, mereka sekali lagi terkejut ketika sedang meneliti foto-foto dan video dari puncak bukit itu.

Salah satu foto menunjukkan kelibat pakcik tua yang ditemui mereka di kaki bukit, namun wajahnya kelihatan hancur dan menakutkan.

Sejak kejadian itu, mereka sudah serik untuk mendaki bukit pada waktu senja.

Artikel Lain