WANITA yang berwajah cantik sering mendapat perhatian di media sosial. Begitulah juga yang dilalui Nur (bukan nama sebenar) apabila dia berjaya mengumpul ribuan pengikut di Instagram (IG) gara-gara rupa parasnya yang jelita. Sebagai instafamous, Nur sememangnya aktif, malah saban hari ada sahaja swafoto baharu serta perkongsian mengenai aktiviti hariannya dikongsi untuk tatapan ramai. Pengikut Nur bukan sahaja terdiri daripada lelaki bujang, malah ada juga dalam kalangan mereka yang sudah berumah tangga. Dalam keghairahannya mengumpul peminat, siapa sangka hidup wanita bujang itu bertukar 360 darjah apabila dia mula diserang penyakit misteri. Segalanya bermula apabila kulit Nur tiba-tiba bertukar lebam kehitaman dan wajahnya mula menggelupas. Gangguan mistik biasanya berlaku pada waktu malam. -Gambar hiasan Pada ketika itu, Nur menyangka ia merupakan kesan sampingan akibat bertukar produk penjagaan wajah. Namun, Nur mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila kulitnya bertukar seperti sisik ikan. Hidup Nur langsung tidak tenteram, malah dia juga kerap diganggu kelibat misteri ketika tidur di waktu malam. Pada awalnya keluarga menyangka Nur terkena penyakit ain kerana akibat perbuatannya yang terlalu kerap berkongsi gambar di media sosial. Ketika dibawa berjumpa perawat, mereka dimaklumkan Nur terkena sihir yang dihantar seorang wanita. Kata perawat, wanita itu menghantar sihir kerana suaminya merupakan peminat tegar Nur di Instagram. Selepas beberapa sesi rawatan, keadaan Nur mula beransur pulih, malah dia juga tidak lagi menerima gangguan-gangguan pelik. Sejak kejaidan itu, Nur terus memadam akaun Instagram miliknya dan memilih untuk hidup senyap tanpa media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube