EMPAT tahun menyewa bersama di ibu kota, tiga rakan serumah ini masing-masing sudah menganggap hubungan sesama mereka seperti darah daging sendiri. Iryad, Zul dan Akim (bukan nama sebenar) yang masih bujang terpaksa menyewa bersama demi menangani kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Mereka hidup harmoni, namun masalah mula timbul selepas Akim yang bekerja sebagai petugas penghantaran makanan meninggal dunia akibat kemalangan. Sudah hampir dua minggu jenazah dikebumikan di kampungnya, namun barang-barang arwah masih belum diambil oleh keluarganya. Suasana sunyi pada waktu malam di rumah sewa itu pula mula membuatkan bunyi-bunyi aneh kedengaran dari bilik arwah. Dua malam berturut-turut Irsyad dan Zul diganggu dengan bunyi suara tangisan yang garau. Irsyad dan Zul memberanikan diri untuk membuka pintu bilik arwah namun mendapati tiada apa-apa yang pelik di dalamnya. Gangguan di rumah sewa pastinya mengganggu keharmonian penghuninya. -Gambar hiasan Malam esoknya, Zul menerima gangguan yang lebih dahsyat apabila dia melihat kelibat arwah dalam keadaan muka berdarah, kira-kira pukul 1 pagi. Ketika melewati bilik arwah yang terbuka pintunya, langkah Zul terhenti apabila dia melihat kelibat arwah Akim sedang memandang tepat ke arahnya sambil menangis. Ekoran gangguan itu, Zul dan Irsyad terpaksa tidur bersama dan memaklumkan kejadian tersebut kepada pemilik rumah pada keesokan harinya. ARTIKEL BERKAITAN: Kulit berubah jadi bersisik, ‘instafamous’ cantik kena buatan orang! Rupanya angkara isteri pengikut fanatik Pemilik rumah iaitu Abang Hafiz mencadangkan agar mereka membersihkan bilik arwah dan menghubungi keluarganya untuk mengambil barang-barang yang masih ada. Bimbang gangguan menjadi bertambah buruk, Abang Hafiz turut memanggil seorang perawat untuk datang ke rumah berkenaan bagi mencari puncanya. Menurut perawat itu, gangguan berlaku kerana pakaian-pakaian arwah yang kotor dan belum dicuci masih ada di dalam biliknya. Perawat itu turut mencadangkan supaya dua sahabat berkenaan membersihkan bilik arwah. Beberapa hari kemudian, keluarga arwah Akim datang untuk mengambil segala barang peninggalannya di rumah sewa. Sejak itu, Zul dan Irsyad sudah tidak berdepan gangguan, malah mereka juga sudah menerima penyewa baharu untuk menggantikan tempat Akim. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube