suria

Penghantar jenazah alami gangguan pelik... Pintu van terbuka ketika di hentian rehat, bunyi berbisik dalam keranda

Ketika menyusuri jalan kampung, Ikhwan dan Haji Abu terlihat sekumpulan orang sedang mengusung keranda. - Gambar sekadar hiasan

SETIAP kali terserempak van jenazah, Ikhwan pasti akan berasa seram sejuk terkenangkan kejadian yang menimpanya setahun lalu.

Masih segar dalam ingatannya ketika dia menziarahi kematian seorang penduduk di sebuah masjid berdekatan selepas ia dibawa pulang dari hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah ayat al-Quran dipasang di pejabat... Pekerja baharu histeria, wanita bersama anak bawa batu nisan muncul depan mata

Selepas selesai solat Asar dan sembahyang jenazah, menurut Ikhwan, Haji Abu (bukan nama sebenar) mengajaknya untuk menghantar jenazah tersebut ke Bentong, Pahang dari Alor Star, Kedah memandangkan tiada wakil atau waris jenazah yang hadir.

"Saya pada mulanya agak keberatan kerana merasakan ada orang lain seperti pihak jawatankuasa masjid boleh menemani Haji Abu mengiringi jenazah.

"Namun apabila mengenangkan Haji Abu yang saya anggap seperti bapa sendiri, saya bersetuju," katanya.



Van jenazah dinaiki Ikhwan dan Haji Abu bergegar dan terdapat makhluk di atas bumbung. - Gambar sekadar hiasan

Semasa dalam perjalanan kata Ikhwan, perutnya tiba-tiba berasa lapar dan meminta Haji Abu berhenti di kawasan rehat untuk membeli makanan.

Ketika itu kata Ikhwan, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan selepas selesai membeli makanan dia kembali ke van dan terkejut apabila melihat pintu belakang van itu terbuka luas.

Akibat mulut celupar, van jenazah bergoncang

Dalam keadaan berlari, Ikhwan segera memberitahu Haji Abu tentang pintu yang terbuka itu

"Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas kami meneruskan perjalanan, tiba-tiba terdengar suara seolah-olah orang tengah bercakap dalam nada berbisik.

"Paling menyeramkan ada beberapa suara berbeza yang seolah-olah sedang berbisik antara satu sama lain di bahagian belakang van.

Paling menyeramkan ada beberapa suara berbeza yang seolah-olah sedang berbisik antara satu sama lain di bahagian belakang van.

IKHWAN

"Saya memalingkan kepala dan memandang ke arah keranda sebelum memberitahu kepada Haji Abu tentang apa saya dengar," katanya.

Tambah Ikhwan, Haji Abu kemudian secara spontan memberhentikan van di bahu jalan dan menerkup mulutnya dan memberi amaran agar tidak bercakap sembarangan tentang apa didengari itu.

"Ketika itu juga kata Ikhwan, van tersebut tiba-tiba bergegar seperti ada orang yang menggoncangnya dan saya terkejut apabila melihat dari arah cermin sisi ada dua makhluk sedang melompat atas bumbung van.

"Masa itu saya seperti hendak lari tapi tangan saya dipegang erat oleh Haji Abu sebelum dia melaungkan azan sekuat-kuat hatinya... Dua makhluk itu beransur hilang," ceritanya.

Orang angkat keranda, Haji Abu terkumat-kamit baca ayat al-Quran

Ketika sampai ke Bentong, Haji Abu mengambil keputusan untuk menggunakan jalan kampung kerana ia lebih cepat meskipun dia berasa tidak sedap hati memandangkan ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Tetapi Ikhwan hanya menuruti kerana dia mahu segera sampai ke destinasi disebabkan sudah tidak sanggup mengalami pelbagai gangguan sepanjang perjalanan.



Tindakan Ikhwan menegur kelibat dilihatnya membawa padah.

Ikhwan memberitahu dia mula berasa seram apabila melihat keadaan jalan yang sunyi selain tiada lampu jalan dan hanya mengharapkan cahaya daripada lampu van.

"Dalam kegelapan itu, tiba-tiba dari kejauhan kami nampak ada sekumpulan orang kampung yang sedang berjalan membawa keranda. Saya berasa pelik dan pelbagai pertanyaan saya tujukan kepada Haji Abu.

"Tapi Haji Abu tak jawab satu pun soalan itu dan saya lihat mulutnya terkumat-kamit membaca ayat al-Quran. Saya sendiri baca ayat Kursi berulang kali," katanya.

Apa yang tidak boleh dilupakannya, ketika melintas kumpulan itu, dia terpandang ke arah mereka dan terkejut kesemua mereka tidak mempunyai wajah sempurna.

"Haji Abu memang pecut apabila tengok saya dalam keadaan ketakutan sampaikan saya mengalami demam selama beberapa hari selepas kejadian itu.

"Alhamdulillah tiada perkara buruk lain berlaku dan jenazah pun selamat dikebumikan... Cuma saya beritahu Haji Abu yang saya tidak mahu lagi mengikutnya selepas ini," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain