Janda dengki lihat ayah bahagia, perut kembung macam wanita hamil perbuatan bomoh Siam

Ayah Nazim disantau kerana hasad dengki seorang wanita terhadap keluarganya.

SEDIH dan geram, itulah perasaan yang dialami pemuda ini sejak ayahnya, Arshad Ibrahim terlantar sakit akibat penyakit misteri.

Menurut Nazim yang kini berusia 28 tahun, kisah kesengsaraan keluargannya bermula pada 2014.

Jelas anak kelahiran Utara itu, pada mulanya dia hidup dalam sebuah keluarga bahagia, dikelilingi ibu bapa yang penyayang dan ‘sporting’ serta dua orang adik yang sentiasa ceria.

ARTIKEL BERKAITAN: Berselisih kereta tiada pemandu, 8 sekawan cabut lari dalam tragedi apartmen PD

“Ayah seorang anggota keselamatan negara dan telah pencen pada 2014. Dia memang dikenali sebagai seorang yang tegas, namun sebenarnya amat mesra dengan orang kampung kami.

“Sejak dia pencen, banyak masanya dihabiskan di sebuah kebun sayuran yang dibina di belakang rumah kami.

Nazim memberitahu ayahnya banyak menghabiskan masa di kebun sayurnya. Gambar hiasan.

“Kata ayah, sekurang-kurangnya dia tidak penat kerana hanya duduk berehat dan dengan menamam sayuran, dapatlah juga mengeluarkan peluh.

“Kadang-kadang kami ada juga melepak dengan ayah dikebunnya,” ujar Nazim membuka bicara.

Ayah jatuh sakit

Walaupun umur ayah sudah hampir 60 tahun, tubuh badannya sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik.

“Dia memang menjaga kesihatan dan pemakanannya. Tidak hairanlah ayah lebih kelihatan segak daripada saya sendiri.

“Namun penghujung tahun 2014, ayah tiba-tiba jatuh sakit. Perutnya kelihatan buncit dan membesar seperti seorang wanita mengandung tujuh bulan.

Kadang-kadang pada waktu malam, saya ternampak seperti lembaga berdiri di tepi pokok pisang di kebun ayah.

NAZIM ARSHAD

“Kami sekeluarga ada menghantar ayah ke hospital dan membuat pelbagai ujian kesihatan, namun doktor tidak menemui sebarang penyakit.

“Jadi kami bawa balik ayah ke rumah selepas seminggu berada di hospital.

“Sejak itu, setiap malam ayah tak boleh tidur kerana sakit di bahagian perutnya. Malah matanya juga terbeliak seperti ada sesuatu yang dilihat di siling rumah.

“Mulutnya meracau-racau menyebut panas dan sakit. Kami semua buntu dan hanya mampu menangis melihat penderitaan ayah,” jelas Nazim.

Rawatan tradisional

Jelas Nazim, bapa saudaranya yang tinggal berdekatan mencadang supaya cuba menjalani rawatan alternatif Islam.

“Ibu hanya mengangguk lemah mendengarkan cadangan bapa saudara itu. Beberapa orang pengamal perubatan Islam berulang alik ke rumah saya dan memberitahu benda yang sama iaitu ‘ayah kamu ni kena buatan orang’.

“Saya memang terkedu kerana sedar sepanjang hidup kami, tak ada pula ayah bergaduh atau bermasam muka dengan sesiapa.

Ayah Nazim dimasukkan ke hospital selama seminggu, namun doktor gagal menemui sebarang peyakit. Gambar hiasan.

“Jadi kami meminta sembuhkan ayah sahaja dan tidak mahu tahu siapa yang lakukan benda itu kalau benarlah ada orang yang dengki.

“Malam berganti siang, siang berganti malam, selepas tiga bulan ayah semakin baik.

“Sepanjang tempoh mengubat ayah itu, pelbagai barang-barang pelik dijumpa di kebuh ayah. Ada bungkusan kuning la, ada ada barang tembaga lama, malah ada juga tanah kubur.

“Kadang-kadang pada waktu malam juga, saya pernah ternampak seperti ada lembaga berdiri di tepi pokok pisang di kebun ayah.

“Saya hanya buat tak nampak sahaja,” ujarnya.

Terbongkar

Selepas ayah sembuh, semuanya baharulah terbongkar.

“Tiba-tiba datang seorang wanita yang saya tak kenal berjumpa dengan ayah dan meminta maaf.

Nazim mendedahkan pelbagai barang pelik ditemui disekitar kebun ayahnya. Gambar hiasan.

“Dia mengaku apa yang terjadi kepada ayah berpunca daripadanya. Dia mengupah bomoh Siam untuk hancurkan hidup kami sekeluarga kerana dengki dengan kebahagiaan dan kesenangan kami.

“Ayah ketika itu hanya terdiam dan seperti ingin menangis. Saya dengar ayah sayu berkata: "Saya maafkan kamu sekeluarga dan maafkan kami jika ada benda yang menyakitkan hati pernah kami buat".

“Wanita itu hanya meraung menangis sambil meminta maaf. Dia turut mengakui dengki tengok kami anak-beranak hidup happy.

"Saya rasa wanita itu dalam lingkungan 50-an sebenarnya seorang janda yang mempunyai dua orang anak, namun telah dilarikan bekas suaminya,” jelas Nazim.

Dalam pada itu, Nazim memberitahu selepas kejadian tersebut, keluarganya tidak lagi mengalami kejadian pelik, manakala wanita itu sudah meninggalkan kampung.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di [email protected]
Dengki, Santau, Ayah, Bomoh Siam

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain