Pancuran paip berbunyi tiada orang di bilik air, jelmaan seram muncul buat pelajar terkejut

Fidah dan rakan-rakannya diusik di tandas kolej kediaman sebelum terlihat bayangan wanita seram.

KESIBUKAN rutin harian sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) membuatkan Fidah Ahmad terpaksa membahagikan masanya untuk membasuh pakaian pada waktu malam.

Menurut Fidah yang kini sudah bekerjaya dan berumahtangga, kisah seramnya itu kembali terbayang selepas menghantar anak buahnya ke kolej yang sama beberapa bulan lalu.

Jelas wanita kelahiran Pulau Pinang ini, selama tiga tahun dia tinggal di kolej, sebuah universiti di Selangor kerana aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berselisih kereta tiada pemandu, 8 sekawan cabut lari dalam tragedi apartmen PD

“Tak semua orang dapat menetap di kolej sehingga tamat pengajian mereka. Dulu, kelulusan untuk dapat kolej atau bilik mengambil kira penglibatan dalam aktiviti kolej.

“Siapa yang malas atau tak bergaul memang tak sampai dua semester dah kena keluar dan cari tempat lain. Jadi saya antara yang bertuah dapat tinggal selama tiga tahun.

Pelbagai pengalaman seram berlaku sepanjang Fidah berada di kediaman kolejnya. Gambar hiasan.

“Memang banyak pengalaman pahit manis sepanjang berada di sana,” kongsinya kepada mStar.

Bilik orang bunuh diri

Menurut Fidah, setiap kolej mempunyai kisah seramnya tersendiri dan begitu juga dengan kediamannya ketika itu.

“Kolej saya itu antara yang terkenal di universiti dan boleh dianggap paling baru berbanding yang lain.

“Paling penting lebih selesa kerana setiap bilik hanya ada dua hingga empat orang sahaja.

Ketika itu ternampak jelmaan wanita berambut panjang muka mengerikan memerhatikan kami dari level atas.

FIDAH AHMAD

“Ketika masuk kolej, saya telah diberi amaran oleh senior-senior mengenai sebuah bilik yang dilarang masuk. Saya tengok pintu bilik tu memang ada mangga kunci dan ada tanda pangkah.

“Tahun pertama memang saya dan kawan-kawan lain tak ambil ‘port’ pasal bilik tu. Tetapi masuk tahun kedua, memang ada keinginan nak kaji pasal bilik tu.

"Saya dengar bilik tu dulu macam ada kes orang bunuh diri. Tapi tak pasti betul ada tidak.

“Seperti biasa, hujung minggu kami yang tinggal berjauhan dengan keluarga ni akan lepak sahaja di kolej.

“Untuk mengisi masa terluang, sebelah malam saya dan beberapa orang kawan lain akan membasuh baju ramai-ramai di tandas. Maklumlah zaman dulu mana ada mesih basuh layan diri seperti sekarang.

Telefon bimbit rakan Fidah berdering secara tiba-tiba. Gambar hiasan.

“Tengah syok membasuh baju sambil menyanyi-nyanyi dan pelbagai ragam, tiba-tiba salah satu bilik air dalam tandas tu tertutup sendiri dan dengar paip pancuran mandi bunyi seperti dibuka.

“Semua masa tu terdiam dan mulut ternganga terkejut.

“Ada member sorang ni yang agak berani, pergi ketuk bilik air tu dan tanya siapa tapi diam.

“Beberapa kali ketuk tak berjawab kami terus berlari ke billik yang berdekatan dengan tandas.

“Kami berkumpul di situ sambil menggeletar ketakutan. Masa tu kalau tak silap dalam pukul 11 malam.

“Tiba-tiba telefon bimbit kawan saya masa tu berdering. Yang peliknya di paparan skrin nama saya.

“Memang saya tinggal telefon bimbit di bilik sendiri. Malah kat bilik saya memang tak ada sesiapa memandang ‘room mate’ balik kampung,” cerita Fidah.

Hujung minggu keadaan kolej yang sunyi. Gambar hiasan.

Tak boleh tidur

Menurut Fidah, telefoh kawannya itu berbunyi sebanyak tiga kali dan selepas itu padam.

“Kami semua memang tak cakap apa-apa. Kami berenam memutuskan untuk tidur bersama dalam satu bilik.

“Malangnya semua tak boleh tidur. Dalam kesunyian malam, tiba-tiba terdengar dentuman pintu bilik di tingkat atas (kami di level 3) ditutup dengan kuat.

“Peliknya di hujung minggu memang tak ramai pelajar yang ada kat kolej, lebih-lebih lagi di level 5.

“Jadi kami semua memberanikan diri keluar bilik dan jenguk ke level atas. Ya Allah masa tu rasa nak tercabut jantung.

“Kami nampak jelmaan wanita berambut panjang bertenggek di depan pintu bilik memerhati ke arah kami.

“Kami terus tutup pintu dan semua mula mengaji dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

“Dan tak sedar pukul berapa kami tertidur,” jelasnya.

Serik

Sejak kejadian itu, Fidah dan kawan-kawannya tidak lagi berani membasuh baju waktu malam dan lepak membuat bising di bilik bersama kawan-kawannya.

“Setiap kali hujung minggu kalau ramai yang ada di kolej kami akan stay, tapi kalau ramai yang taka da saya lebih rela ikut kawan balik rumah ibu bapanya di sekitar Kuala Lumpur.

“Memang serik pengalaman nampak lembaga tu. Masih terbayang wajah ngerinya.

Pada malam kejadian, Fidah mengambil keputusan tidur di bilik rakannya. Gambar hiasan.

“Ayah kawan saya ada datang melawat kami dan dia beritahu 'ramai' yang tinggal di kolej kami ni.

“Dia nasihatkan kami jangan buat benda-benda tak elok dan banyakkan membaca Al-Quran,” katanya.

Tambah Fidah, pengalaman itu memang meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

“Walaupun ada kenangan mengerikan, tetapi kami semua bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian masing-masing.

“Sampai sekarang masih ingat lagi kolej itu. Memang banyak kenangan. Cuma tak pasti sama ada bilik larangan itu sudah dibuka atau masih dikunci.”

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di [email protected]

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain