Jurutera angau, habis duit dikikis angkara hembusan buruh asing… Sedar selepas sebut kalimah Allah - Mistik | mStar

Jurutera angau, habis duit dikikis angkara hembusan buruh asing… Sedar selepas sebut kalimah Allah

'Hembusan' dipercayai jampi serpah oleh seorang pekerja tapak pembinaan telah menyebabkan seorang wanita angau dan bersikap pelik. Gambar Sekadar Hiasan

MUNGKIN sukar untuk dipercayai namun perbuatan sihir ini bukan sahaja dilakukan dengan berjumpa bomoh atau membaca mentera tetapi menerusi pelbagai teknik termasuk hembusan atau jampi.

Ada pelbagai jenis sihir dilakukan bagi tujuan tertentu namun perbuatan tersebut adalah dilarang dalam agama Islam.

Antara sihir yang terkenal seperti pelaris. Ia dilakukan oleh peniaga yang mahu perniagaan mereka mendapat sambutan. Selain itu sihir penunduk - bertujuan membolehkan orang yang ditemui atau ketua di pejabat mendengar kata.

Tidak ketinggalan dan popular ialah sihir pengasih - untuk memikat seseorang atas pelbagai tujuan sama ada untuk balas dendam, menggoda, menjadikan teman hidup atau sekadar suka-suka.

Sebut mengenai sihir pengasih ini, pengalaman itu turut terjadi kepada seorang jurutera tapak pembinaan.

ARTIKEL BERKAITANAwas jika tiba-tiba perangai berubah jadi budak, mata merah dan kulit kekuningan... itu petanda disihir anak kerak!

Ia bermula apabila Azie sering melawat ke tapak pembinaan yang mana ramai pekerja di tapak itu ialah dari negara luar.

Sehinggalah dia perasan ada individu sering memerhatikannya gerak-gerinya setiap kali membuat tinjauan di kawasan pembinaan itu.

Rakan Azie sanggup tidak makan demi menatap wajah teman lelakinya di tapak pembinaan. - Gambar Sekadar Hiasan


"Akhirnya pada suatu hari tanpa diduga, pemuda berkenaan menghampiri saya, mempekenalkan diri lalu berbual-bual mesra.  Saya pun melayannya seperti  orang lain yang baru dikenali. Saya perasan dia sering kali menghembus sesuatu tapi saya tidak mengesyaki apa-apa," kata Azie.

Beberapa hari selepas pertemuan itu, perasaan rindu dalam jiwa Azie semakin menebal. Dia teringatkan pekerja buruh itu setiap masa. Tahap rindu tidak dapat dibendung sehingga Azie menangis saban malam.

Sakit benar jiwanya jika tidak menatap atau mendengar suara pekerja buruh binaan itu.

"Setiap kali balik rumah, saya asyik menangis tiap-tiap malam sebab terlalu rindu lelaki itu. Setiap malam juga saya akan berbual dengan lelaki itu menerusi telefon sampai kadang-kadang tidak tahu apa yang dibualkan," ujarnya.

Keadaan Azie semakin berubah kerana angaunya itu bukan kepalang, melebihi segala-galanya.

Badan saya rasa sakit bagaikan menggendong sesuatu. Nak solat pun sukar membuatkan saya kerap meninggalkan perintah Allah itu.

AZIE

JURUTERA TAPAK PEMBINAAN

Menimbulkan rasa pelik keluarga dan rakan-rakan apabila Azie berjalan terbongkok-bongkok bagaikan orang sakit seperti ada sesuatu yang dikendong.

Dia juga tak macam dulu... sering meninggalkan solat selain berasa seperti ada orang memerhati.

"Badan saya rasa sakit bagaikan menggendong sesuatu. Nak solat pun sukar membuatkan saya kerap meninggalkan perintah Allah itu.

"Dia juga mengikis duit saya... bukan sikit tetapi dah banyak dia dapat daripada saya sehinggakan saya terasa bagaikan mahu ikut dia pulang ke negara asalnya. Mujurlah Allah itu ada bersama saya," katanya.

Perubahan itu dapat dihidu oleh majikan sehingga Azie dipanggil kerana menggunakan telefon milik syarikat untuk membuat panggilan peribadi.

Siasatan juga turut dilakukan sehinggalah majikan mendapat tahu cerita sebenar dan buruh itu dipecat.

"Selepas lelaki itu berhenti sahaja, tiba-tiba badan saya rasa ringan... tapi saya perasan, di tapak pembinaan itu memang ramai yang gemar main 'hembus-hembus'.

Perbuatan sihir selalunya digunakan sebagai jalan mudah untuk memuaskan nafsu diri. 

"Malah ada seorang pekerja asing lain mengaku pada seseorang, jika mereka mahukan perempuan, mudah saja. Caranya hembus waktu siang, malamnya akan terima panggilan telefon," katanya.

Menurut Azie, dia sedar terkena sihir itu ketika memohon doa kepada Allah kerana perasaan cinta, rindu yang berlebihan kepada pekerja buruh berkenaan.

Ketika menyebut perkataan 'Tiada kuasa yang sehebat-Mu ya Allah' sewaktu berdoa, dia seolah-olah menjadi seperti orang yang baharu sedar daripada tidur.

Paling mengejutkan keesokan hari ketika bertemu lelaki itu, wajah dia bengkak sebelah sehingga mata menjadi sepet.

Kata Azie, dia bersyukur kerana hidupnya tidak musnah angaka sihir pengasih di tapak pembinaan. Dia masih mendapatkan rawatan cara perubatan Islam agar tiada lagi anasir tidak baik dalam badannya.

"Saya kongsi kisah ini agar kita semua dapat beringat walaupun mereka nampak baik, ramah dan tak lokek berkongsi ilmu bertukang tetapi jangan lupa ada segelintir daripada mereka ada 'ilmu' lain juga.

"Bukan golongan itu sahaja tetapi dengan orang lain pun kita perlu berhati-hati. Bagaimanapun tidak semua pekerja asing itu jahat seperti lelaki tersebut namun hanya segelintir sahaja," katanya.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Sihir , Jampi , Santau , Tapak Pembinaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain