suria

Kagum dengan foto Janna Nick, Siti Nurhaliza? Itulah kehebatan Vivo V15 Pro

Ketua Pengarah Urusan vivo Malaysia, Mike Xu (tengah) bersama duta produk Vivo iaitu Janna Nick dan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika melancarkan produk terbaharu Vivo V15 Pro baru-baru ini. Foto NUR ATHIRAH FARHANA

PEMINAT Datuk Seri Siti Nurhaliza dan aktres Janna Nick pasti berasa kagum dengan kualiti gambar yang dimuat naik dua selebriti terkenal negara itu di laman sosial Instagram mereka.

Jangan tak tahu! Gambar yang cantik dan berkualiti itu adalah hasil daripada penggunaan model telefon pintar terbaharu Vivo iaitu V15 Pro yang kini sudah berada di pasaran.

Menariknya mengenai V15, ia didatangkan dengan kamera pop-up bagi memudahkan mereka yang gemar mengambil gambar swafoto yang dilengkapi sensor beresolusi 32MP untuk kamera bahagian depan. Canggih bukan?

V15 Pro didatangkan dengan kamera pop-up selain skrin selebar 6.39 inci menggunakan papan sesentuh sepenuhnya.

Sistem tersebut bukan sahaja mampu memberi hasil gambar yang resolusi tinggi malah nampak asli dan untuk kamera belakang ia hadir dengan sensor 48 juta quad pixel selain 8MP Al super wide angle.

Ia juga turut dilengkapi dengan gambar ultra HD, time-lapse, Al super night mode yang juga menjadi pilihan kegemaran Janna.

Vivo V15 Pro juga didatangkan dengan skrin dengan lebar 16.2 sentimeter (6.39 inci) menggunakan papan sesentuh sepenuhnya bagi memberi kepuasan kepada pengguna.

Rahsia foto cantik Siti dan Janna di Instagram kerana menggunakan Vivo V15 Pro. 

Reka bentuk menarik itu juga dipadankan dengan 6GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB selain ia dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core.

Tidak cukup dengan itu, Vivo V15 Pro turut didatangkan dengan sistem Anroid 9 Pie termasuk FuntouchOS terbaharu.

Pengguna juga tidak perlu berasa bimbang apabila menggunakan peranti itu dengan kerap kerana model terbaharu itu menggunakan bateri berkapasiti besar, 4,000 mAh yang turut didatangkan dengan teknologi fast charging.

Night mode antara fungsi kegemaraan Janna.

Jadi kalau kehabisan bateri, anda tidak perlu menunggu lama untuk caj telefon anda.

Keistimewaan lain V15 Pro, ia dilengkapi dengan USB, Bluetooth 5.0, GPS selain pra-pemasangan aplikasi seperti Play Google, Crome, YouTube, Play Music dan Google News.

Paling best untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga RM1,799 sahaja!

Apa lagi... dapatkan sekarang V15 Pro.

Artikel Lain