suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan saja cantik dipandang, rupanya pokok bunga kekwa berguna halau nyamuk, lalat!

Bunga kekwa sering dijadikan hiasan landskap kerana cepat tumbuh dan berbunga.

BUKAN sekadar cantik dipandang kerana berwarna-warni, bunga chrysanthemum atau kekwa mempunyai pelbagai manfaat selain dijadikan hiasan laman rumah.

Bagi penggemar teh, amalan menikmati air rendaman chrysanthemum boleh mengurangkan rasa stres yang dialami.

Malah ia juga membantu meningkatkan kualiti tidur seseorang di samping melancarkan pencernaan.

Jika dijadikan hiasan laman, bunga chrysanthemum terkenal sebagai penghalau serangga.

Menurut pengguna akaun TikTok, Kedai Barang Kebun, bunga yang mudah tumbuh dan berbunga ini menjadikan rumah bebas daripada serangga termasuk lalat.

Paling menarik, ia mengambil masa hanya sebulan untuk tumbuh dan berbunga.

"Lepas disemai, lebih kurang sebulan je dah boleh nampak bunga dan waktu kembang pun lama.

"Bunga chrysanthemum dikenali sebagai jaguh halau serangga, apabila berbunga nyamuk dan lalat tidak berani datang.

"Rumah pun aman tanpa gangguan serangga," ujarnya.

Artikel Lain