suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuma guna kulit limau, wanita dapat manfaat 2 dalam 1... Tanah subur, kucing tak jadikan ‘port’ berak

Kulit mandarin membantu menyuburkan tanah. -Foto Facebook Nory's Garden

LIMAU mandarin terkenal dengan kandungan vitamin C yang baik untuk kesihatan tubuh dan kulit.

Selain sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa, ramai tak tahu kulitnya boleh dimanfaatkan untuk menyuburkan tanaman.

Bagi anda yang gemar memanfaatkan tanah berhampiran rumah, bolehlah meletakkan kulit limau mandarin ini di mana-mana ruang yang ada.

Kandungan nitrogen, potassium dan fosforus yang berada di dalam kulitnya dapat menyuburkan tanah.

Malah bau limau mandarin yang kuat juga dapat menghalang kucing daripada berak di tanaman anda seperti perkongsian Yong Nori di laman Facebook Kebun Tepi Rumah.

"Kalau dapat limau mandarin, kulitnya kita boleh letak dekat pangkal pokok.

"Ia dapat menghalau kucing dari berak di situ sebab kucing tak suka. Bau kulit berfungsi menghalau serangga.

"Kulit limau juga kaya dengan nitrogen, pottasium dan fosforus yang dapat suburkan tanah," kongsinya.

 

Artikel Lain