SIAPA sangka seekor kucing menjadi perhatian ramai gara-gara 'hobi' pelik suka mencuri selipar jiran di kawasan perumahan tuannya.Itulah yang berlaku kepada seekor kucing jantan milik Noraini Darus apabila gelagat si comel bernama Oyen itu mencuit hati netizen di TikTok. Kucing kacukan Parsi dan kampung ini pada awalnya hanya suka bawa balik benda-benda kecil seperti daun kering, kotak rokok dan cicak ke rumah.Tapi sejak dua bulan lalu, ‘hadiah’ yang dibawanya makin besar termasuk selipar jiran tetangga.Walaupun pada pandangan manusia ia seperti satu perangai nakal, sebenarnya ia membawa maksud lebih mendalam.Menurut Public Health Malaysia, tindakan membawa balik hadiah pelik seperti itu merupakan salah satu cara kucing menunjukkan rasa sayang dan penghargaan kepada tuannya.Cicak dan kotak rokok antara barang yang dibawa pulang ke rumah oleh Oyen.Antara cara kucing ucap terima kasih adalah seperti berikut:1. Gesel kepala atau badanTanda dia selesa dan terikat secara emosi.2. Bawa hadiah pelikContohnya cicak, daun, kotak rokok atau kasut jiran.3. Tidur atas riba atau dekat dengan kitaErti kepercayaan sepenuhnya kepada tuan.4. Kelipan mata perlahan (slow blink)5. Ekor bergoyang laju bila kita dekatiSimbol dia gembira melihat kita.6. Mengiau manja bila disapaBagi seekor kucing, kita bukan sekadar pemberi makanan atau tempat berteduh tetapi dianggap sebagai dunia ia.Maka apabila ia datang dengan hadiah aneh, itu sebenarnya cara paling jujur untuk mengucap terima kasih kepada tuannya.