suria

Tak sangka ini rahsia elak aiskrim cepat cair... Mudah nak buat acara makan-makan di pejabat atau piknik!

Aiskrim kekal keras dengan menggunakan petua ini.

AISKRIM lazat untuk dinikmati pada hari yang panas, pasti menyegarkan tekak.

Namun sifat aiskrim yang mudah mencair boleh menyebabkan kelazatannya berkurang, lebih-lebih lagi ketika dibawa makan di luar.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Abam Aiskrim, ada dikongsikan cara untuk memastikan aiskrim bertahan lebih lama sebelum mencair.

"Petua ni sesuai guna kalau nak bawa aiskrim pergi berkelah atau majlis keraian, tak cair sampai malam," ujarnya.

Ayuh kita lihat!

Teknik mudah mengekalkan kesegaran aiskrim.

Bahan-bahan:

1) Garam

2) Ais batu

3) Kotak penyejuk ais atau termos (pastikan lebih besar daripada bekas aiskrim)

Langkah-langkah:

1) Masukkan bekas aiskrim ke dalam termos, kemudian tuang ais batu di sekeliling bekas aiskrim, penuhkan segenap ruang.

2) Tabur garam di atas ais batu tersebut.

3) Kemudian tambahkan lagi ais batu sehingga menutupi bekas aiskrim.

4) Akhir sekali, taburkan garam di atas timbunan ais itu.

Dua lapisan ais dan garam ini boleh menyejukkan aiskrim sampai sehari suntuk, tak perlu risau aiskrim cair lagi.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Abam Aiskrim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain