PERALATAN dapur perlu dibersihkan secara berkala supaya dapat menjaga kualiti dan keselamatan makanan yang dimasak. Antara perkakas dapur yang sukar dibersihkan adalah jaring pengadun yang disaluti sisa doh, sungguh renyah untuk menyentalnya secara manual selepas sesi membuat kuih atau kek. Malah ada kemungkinan jaring pengadun atau whisker mixer ini menjadi bengkok sekiranya anda sental terlalu kuat. Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Syida, ada dikongsikan petua untuk memudahkan kerja anda membersihkan jaring pengadun ini. Ayuh kita lihat! Proses ringkas untuk membersihkan whisker mixer. Langkah-langkah: 1) Masukkan air dan sabun ke dalam mangkuk mixer, kemudian rendamkan jaring pengadun ke dalamnya. 2) Aktifkan mesin pengadun dengan kelajuan sederhana, biarkan ia berputar seketika di dalam air. 3) Apabila nampak jaring pengadun sudah bersih, boleh tutup mesin dan keluarkan whisker mixer itu. Kini anda tidak perlu buang masa bersihkan satu-persatu jaring pengadun tersebut. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Syida Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube