suria

Ford diperbaharui lebih mantap tampil dalam StarCarSifu Auto Show 2023 di Mid Valley

Jelajah Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Next-Gen diadakan selama lima hari di Mid Valley, Kuala Lumpur.

SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, meneruskan jelajah Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Next-Gen di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Menerusi pameran StarCarSifu Auto Show 2023 berlangsung bermula 9 hingga 13 Ogos baru-baru ini pengunjung berpeluang merasai sendiri kehebatan Ford varian diesel yang berprestasi tinggi ini.

Bukan itu sahaja, kemeja-t istimewa Baja 1000 Diesel Raptor 2.0L akan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan dengan Ranger Raptor di pameran StarCarSifu Auto Show diadakan.

Ia akan diberikan sewaktu penghantaran kenderaan.

Selain itu pelanggan juga boleh memperoleh ganjaran tambahan berupa diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways (boleh ditebus melalui kod promo ketika menerima kenderaan).

Raptor 2.0L Image

Enjin dwi-turbodiesel 2.0 liter menghasilkan 210PS pada 3,750RPM dan tork 500Nm dari 1,750 hingga 2,000RPM.

Di sana wakil jualan Ford juga sentiasa bersedia untuk membantu dengan sebarang pertanyaan.

Malah pengunjung juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kenderaan Ford selain mengetahui mengenai Ford Ranger Getaways dan membeli barangan eksklusif Ford.

Bagi pemilik kenderaan Ford Next-Gen termasuk pemilik Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Next-Gen, anda juga boleh menggunakan kod kad Inner Circle untuk menikmati diskaun 30 peratus bagi satu perjalanan bersama Ford Ranger Getaways.

Sekiranya pelanggan mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Mext-Gen, anda boleh berkomunikasi di WhatsApp dengan pakar Ford Ranger.

Dalam pada itu, peminat juga boleh mengikuti berita terkini tentang keluaran Ranger terbaharu, SDAC dan Ford di saluran Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube Ford Malaysia.

23MY_TH_IMG_INT_P703_RANRAP_RGE_ENG_RHD_2000CCBITURBO_AJN-FB14558 GL72125

Ford didatangkan dengan pembesar suara Bang & Olufsen yang dikawal oleh skrin sentuh potret berukuran 12 inci.

Bermula daripada harga RM248,888 (tanpa insurans dan cukai jalan), Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Next-Gen didatangkan dengan waranti lima tahun atau jarak tempuh (mileage) 160,000km (mana-mana dahulu) dan pakej waranti lanjutan PremiumCare selama tujuh tahun sebagai pilihan tambahan.

Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Next-Gen didatangkan dengan Skim Raptor terkenal yang meliputi bumper hadapan dan belakang, gril hadapan Ford Block diapit dengan lampu hadapan LED Matrix C-Clamp.

Selain itu terdapat juga LED untuk lampu kabus (fog lamps) hadapan dan belakang serta lampu gabungan belakang (RCL).

Enjin dwi-turbodiesel 2.0 liter menghasilkan 210PS pada 3,750RPM dan tork 500Nm dari 1,750 hingga 2,000RPM.

Kuasa kenderaan ini dihasilkan oleh transmisi automatik 10-Kelajuan dengan SelectShift serta penukar dayung dan sistem shift-on-the-fly (ESOF) elektronik untuk sistem 4WD (4A/2H/4H/4L).

23MY_TH_IMG_EXT_P703_RANRAP_RGE_ENG_2000CCBITURBO_AJN-FB14561 GL72122

Suspensi menggunakan FOX 2.5 inci dan spring gegelung belakang dengan Watts Linkage boleh menyerap hentakan tinggi.

Suspensi menggunakan 'double-wishbone' hadapan dengan penyerap hentak pintasan dalaman FOX 2.5 inci dan spring gegelung belakang dengan Watts Linkage.

Sementara itu, trak pikap berprestasi ini juga didatangkan dengan pembesar suara Bang & Olufsen yang dikawal oleh skrin sentuh potret berukuran 12 inci dengan Apple CarPlay wireless, Android Auto, sambungan Bluetooth dan pengecaman suara.

Terdapat juga empat port USB di dalam kabin, Type-C dan Type-A untuk penumpang hadapan serta Type-C dan Type-A untuk penumpang belakang.

Untuk ciri keselamatan, terdapat tujuh beg udara, sistem brek anti-kunci, pengagihan daya brek elektronik, kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman, bantuan brek, kawalan turun bukit, bantuan pelancaran bukit, pengurangan pusing ganti, kawalan beban adaptif bahagian hadapan dan sensor parkir belakang.

Keselamatan dipertingkatkan lagi dengan brek kecemasan autonomi (AEB) melalui pengesanan pejalan kaki, amaran perlanggaran ke hadapan, sistem override brek, amaran dan bantuan keluar lorong, sistem pengesan titik buta, bantuan amaran lampu tinggi, amaran lalu lintas belakang, pengehad kelajuan manual, tekanan tayar. sistem pemantauan dan sistem kamera 360 darjah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain