suria

Ada 3 cara kreatif halang semut naik meja, selesai masalah! Pilih saja yang mana suka

Pelbagai teknik boleh digunakan untuk menghalau semut -Gambar hiasan (kiri)

SEMUT bukanlah dikira sebagai haiwan perosak, tetapi kehadiran haiwan ini tidak pernah diundang oleh kebanyakan manusia.

Makanan atau minuman yang dihurung berpuluh atau beratus ekor semut pastinya perlu dibuang lagi dan berlakunya pembaziran.

Kini anda tidak perlu lagi buntu lagi dengan masalah ini.

Mmelalui satu perkongsian di Facebook oleh Ahmad Syahril Mohd, didedahkan satu teknik untuk menghalang semut daripada naik ke meja makan.

Jom kita lihat bagaimana.

Pita pelekat dua sisi dipasang pada kaki meja untuk menghalang semut naik ke meja.

1) Kaedah pita pelekat

Anda memerlukan pita pelekat dua sisi (double sided tape). Seterusnya potong pita pelekat itu mengikut saiz yang bersesuaian menggunakan dan letakkan di semua kaki meja.

Dengan cara ini, semut akan melekat dan terperangkap apabila mereka cuba naik ke atas meja makan.

Namun begitu, cara ini boleh bertahan selama satu hingga dua minggu sahaja, sebelum gam pita pelekat itu mula tidak 'berfungsi'.

Apabila terjadi begini, boleh gantikan dengan pita pelekat dua sisi yang baharu di kesemua kaki meja.

2) Kaedah minyak masak

Calit minyak masak pada jari dan sapu di sekeliling kaki meja. Cara ini dikatakan sangat berkesan.

Sebelum kesan minyak itu semakin hilang selepas beberapa minggu, tambahkan lapisan minyak baharu supaya semut tidak dapat memanjat kaki meja.

Gabungan stoking lama dan semburan serangga dapat menghalau semut. -Gambar hiasan

3) Kaedah stoking lama

Ambil sehelai stoking lama dan potong kepada empat bahagian untuk empat kaki meja.

Kemudian sarungkan stoking yang dikerat tadi pada kaki meja dan semburkan dengan Ridsect atau atau-apa penyembur serangga yang lain.

Dengan cara ini, bukan setakat semut, malah haiwan perosak lain seperti lipas dan cicak pun tidak akan naik ke atas meja. - Ahmad Syahril Mohd

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain