suria

Buat kereta macam almari, sumbat macam-macam! Ketahui 6 barang yang tak boleh tinggal dalam kenderaan, bahaya dan cepat rosak

Elakkan daripada meninggalkan 7 benda ini di dalam kereta.

BAGI sesetengah orang, kereta merupakan aset kedua paling bernilai selepas rumah.

Namun ramai pemilik kereta yang menjadikan kenderaan mereka sebagai stor penyimpanan barang.

Bukan sahaja pakaian malah segala perkakasan seperti kasut, selipar, beg, serta alatan sukan dimuatkan dalam kereta.

Namun ada keburukan menanti jika anda berterusan mengamalkan tabiat menyimpan pelbagai barangan keperluan di dalam kenderaan.

Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun boleh mengakibatkan barangan yang disimpan dalam kereta menjadi rosak.

Antara barang perlu anda elak daripada ditinggalkan di dalam kereta untuk jangka masa panjang ialah:

1. Botol air plastik

Kebanyakan botol plastik mengandungi bahan pollietilena terephtalate (PET) yang digelar penggangu endoktrin.

Ia berpotensi untuk mengganggu hormon pembiakan manusia, jadi menyimpan air minuman dalam botol plastik di dalam kereta membahayakan kesihatan.

2. Kaca mata

Ini antara aksesori yang sering disimpan dalam kereta.

Bingkai kaca mata diperbuat daripada bahan seperti asetat atau nilon.

Amalan ini hanya merugikan anda kerana ia membuatkan kaca mata menjadi panas lalu cepat rosak.

3. Ubat-ubatan

Tak kiralah apa jenis ubat pun, anda dilarang menyimpannya di dalam kereta.

Suhu panas dalam kereta boleh menyebabkan struktur molekul ubat berubah.

Akibatnya, pengambilan ubat tersebut tidak lagi memberi kesan seperti sepatutnya.

4. Gadget (telefon pintar dan laptop)

Segala jenis barangan elektronik terutamanya telefon pintar tak boleh disimpan dalam kereta.

Selain membahayakan kenderaan dan menjadi sasaran pencuri ia juga boleh merosakkan telefon pintar akibat cuaca panas.

Apabila berada dalam suhu panas melampau, ia boleh merosakkan peranti yang disimpan dalam kereta.

5. Penyembur rambut (hair styling spray)

Penyembur rambut mengandungi bahan yang mudah terbakar.

Adalah dilarang sama sekali disimpan di dalam kawasan bersuhu panas yang tinggi.

6. Minyak wangi (perfume)

Perfume atau minyak wangi merupakan bahan wajib dimiliki oleh seseorang.

Untuk mereka yang sering berwangi-wangian biasanya menyimpan perfume di dalam kereta.

Suhu panas boleh membuatkan perfume menjadi kurang berbau dan merugikan anda membeli minyak wangi mahal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain