Hentikanlah salam penumbuk, ia juga boleh jadi penyebab penyebaran Covid-19 tanpa disedari

Seperti bersalaman, salam penumbuk atau first bump juga boleh menyebabkan penularan Covid-19 tanpa disedari.

MESKIPUN sudah beberapa kali kerajaan memberi peringatan dan amaran, namun nampaknya salam penumbuk atau 'first bump' semakin menjadi norma baharu dalam kalangan masyarakat ketika ini.

Niat untuk menyapa rakan atau keluarga ketika bertemu bukan satu kesalahan namun amalan itu menunjukkan prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan Covid-19 bagai tidak diendahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin selesa... Lebih ramai mahu terus kerja dari rumah, anda bagaimana?

Majalah Time melaporkan walaupun virus itu merebak melalui titisan pernafasan namun berjabat tangan atau salam penumbuk boleh menjadi cara utama penyebaran virus.

Ini kerana tanpa kita sedari barangkali ada individu yang terdedah kepada virus itu telah bersin atau batuk dan menggunakan tangan untuk menutup mulut.



Elak bersalaman dengan orang lain.

Dalam masa sama, kuman telah merebak ke tangan yang akhirnya boleh merebak kepada orang lain melalui berjabat atau salam penumbuk.

Atas sebab itu, tiada alasan untuk mengamalkan salam penumbuk ditambah ketika ini tiada keperluan untuk menyentuh sesiapa kerana masing-masing tahu akan risikonya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menegaskan agar orang ramai terus mematuhi SOP dan mengelakkan 3S iaitu kawasan sesak, sempit dan elak sembang dalam jarak dekat.

Selain sentiasa mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam yang diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara jika bergejala, amalkan etika batuk dan bersin, duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung serta lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan kawasan yang kerap disentuh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain