suria

Suka sangkut topeng muka di leher? Awas berlaku penyebaran kuman!

Menyangkut topeng muka di leher adalah tindakan yang membolehkan kuman tersebar.

SEJAK penularan wabak Covid-19 melanda di seluruh dunia, topeng muka telah menjadi aksesori wajib setiap kali keluar rumah sebagai langkah membendung virus berbahaya itu.

Tapi yang tak sedapnya, ada di antara kita yang kerap menurunkan mask sampai ke dagu dan leher khususnya ketika hendak makan, minum atau menghirup udara segar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main hujan, nanti demam! Betul ke air hujan penyebabnya?

Tahukah anda, perbuatan itu sebenarnya boleh menyebabkan pencemaran?

Pemakaian topeng adalah bagi mengelak kuman tersebar sekiranya kita batuk atau bersin.

Ini kerana ketika kita memakai mask, bahagian dalamnya akan menyentuh mulut dan hidung, secara tidak langsung kuman serta bakteria akan tersebar pula di bahagian dagu dan leher.

Bayangkan, kuman sudah tersebar dan peluh leher yang melekat pada topeng wajah akan menempel pula pada mulut dan hidung apabila ia dipakai kembali.

Sementara itu, Pakar Mikrobiologi Universiti Georgetown, Erin Sorell berkata, topeng wajah tidak sepatutnya digantungkan pada leher apatah lagi jika kita sudah menggunakannya.

Macam-macam ragam... Ada pula yang membuat lubang pada mask bagi memudahkan ketika makan.

"Tujuan menggunakan mask adalah untuk melindungi mulut dan hidung daripada titisan batuk atau bersin dan ia bagi melindungi orang lain atau diri sendiri," katanya.

Erin berkata, jika ingin membuka topeng wajah buat seketika, sebaik-baiknya ia dibuka terus dan diletakkan dalam tempat selamat agar tidak terdedah kepada kuman daripada sumber lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

topeng muka, kuman, bakteria, Covid-19

Artikel Lain