suria

Jangan main hujan, nanti demam! Betul ke air hujan penyebabnya?

Mandi dalam hujan dikatakan boleh menyebabkan seseorang sakit, tapi sejauh mana kebenarannya?

PASTI ramai di antara kita yang mempunyai memori bermain dalam hujan sehingga dimarahi ibu bapa kerana kononnya mandi hujan boleh menyebabkan demam dan selesema.

Malah ada juga kepercayaan bahawa air hujan yang turun buat pertama kali selepas kemarau panjang mengandungi kuman yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Tapi betul ke? Pandangan ini mungkin ada benarnya kerana ada juga orang yang terkena hujan akan mengalami demam, sakit kepala dan selesema.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Jam tangan pintar mampu kesan jangkitan Covid-19... tapi bagaimana?

Bagaimanapun, ketika badan kita terkena air hujan yang sejuk, tubuh akan mengeluarkan tenaga secara berlebihan bagi menyeimbangi perubahan suhu yang turun secara drastik.

Akibatnya, daya tubuh badan akan menurun dan lebih mudah mendapat penyakit.

Jadi, boleh dikatakan hujan tidak akan menyebabkan kita sakit sekiranya daya tubuh kita dalam keadaan baik.

Orang yang cenderung sakit kerana terkena air hujan mungkin disebabkan ketika itu dia berada dalam kelompok orang ramai seperti berlindung di perhentian bas.

Virus lebih cenderung untuk berkembang dalam cuaca sejuk dan di tempat yang dipenuhi orang ramai serta menular dengan lebih cepat.

Pada musim hujan, adalah disarankan untuk kita lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan termasuklah mengamalkan beberapa perkara ini;

1. Jauhi lopak, air kotor

Ketika hujan, pasti banyak tempat air akan bertakung termasuk di longkang atau lubang di tepi jalan. Sebaik-baiknya jauhi kawasan-kawasan ini dan tidak terkena percikan airnya yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.

Selain payung, pakai baju hujan bukan sahaja untuk melindungi diri daripada air hujan tetapi air kotor yang bertakung sekiranya terpijak.



Pastikan kita ambil langkah tertentu bagi mengelak diri daripada sakit akibat terkena hujan.

2. Ganti pakaian

Jika terkena hujan segera ganti dengan pakaian baharu selain elakkan pakaian tebal seperti seluar denim yang ketat. Ini kerana jika seluar terkena air hujan, kuman lebih senang membiak dalam keadaan lembap dan panas.

3. Kerap cuci tangan

Umumnya tangan kita akan menyentuh 1,000 benda dalam sehari tanpa disedari tambahan pula dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Seperti kita tahu, kerap mencuci tangan menggunakan sabun kerana pada musim hujan kuman dan bakteria lebih senang melekat dan tersebar.

4. Pakai topeng muka

Bukan sahaja untuk mengelak penularan koronavirus, pemakaian topeng muka juga penting terutamanya ketika cuaca hujan memandangkan kuman lebih mudah tersebar dalam cuaca dingin dan lembap.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Hujan, Demam, Selesema, Sakit, Kuman, Virus

Artikel Lain