suria

Kanser prostat bukan pengakhiran buat lelaki - "Perlu berani tampil, ujian PSA dapat bantu kesan awal"

Kaum lelaki jangan malu untuk melakukan pemeriksaan awal kanser prostat.

MAKIN usia meningkat, risiko untuk mendapat pelbagai penyakit kronik semakin tinggi.

Bagi segelintir individu, selagi badan boleh bergerak dan bekerja ia bermakna tiada masalah kesihatan.

Jika itu yang menjadi pegangan, anda silap sebenarnya kerana 'pembunuh senyap' seperti kanser boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya golongan lelaki yang ramai telah dikesan menghidapi kanser prostat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidap kanser, wanita ini tak nak layan perasaan cuma ‘semak’ kepala berdepan soalan orang tak sensitif - “Dah nak kena, tak boleh buat apa... terima sajalah, kita kena terima!”

Jumlah meningkat

Berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser prostat merupakan kedua tertinggi mengikut kategori penyakit itu yang dihidapi golongan lelaki.

Di Malaysia sendiri, sebanyak 8.8 peratus pesakit baharu yang didiagnosis kanser pada tahun 2018 yang menyaksikan peningkatan 621 kes dari tahun 2014.

Pasukan doktor percaya bahawa dengan peningkatan jangka hayat dan populasi penuaan, jumlah pesakit kanser prostat dijangka bertambah secara berkadar.



Ujian PSA penting bagi pengesanan awal kanser prostat.

"Peningkatan pesakit kanser prostat turut dipantau di Sunway Medical Centre. Pada tahun 2019, buat pertama kalinya, ia berada dalam kelompok kelima senarai kanser direkodkan," jelas Pengarah Perubatan Sunway Medical Centre (SunMed) Dr Seow Vei Ken.

Berdasarkan penyelidikan global, walaupun terdapat peningkatan kes, kadar survival pesakit kanser prostat relatif selama lima tahun untuk semua tahap telah meningkat dari 68.3 peratus kepada 99.9 peratus dalam tempoh 25 tahun terakhir.

Kempen Kesedaran Kanser Prostat

Dengan situasi tersebut, Pusat Perubatan Sunway Sunway dan Pusat Perubatan Sunway Velocity mengambil inisiatif menganjurkan kempen Kesedaran Kanser Prostat bermula Julai hingga September ini.

Ia adalah untuk memberi sokongan kepada golongan lelaki supaya berani untuk tampil menjalani ujian awal simpton seterusnya mengatasi stigma biasa yang berkaitan dengan penyakit ini sebelum langkah segera rawatan yang sewajarnya.

Bermula Jun lalu sehingga pertengahan Julai 2020, pasukan SunMed @ Home, menawarkan perkhidmatan ke rumah pesakit-pesakit kanser prostat survival untuk mengumpulkan sampel darah bagi ujian Prostate Specific Antigen (PSA).

Lebih menarik, perkhidmatan ke rumah ini adalah percuma yang ditawarkan kepada pesakit SunMed termasuk ahli Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM).



Jumlah pesakit kanser prostat semakin meningkat.

Tindakan saringan

Pemangku Presiden PCSM Wong Kuan Seng, 74, memberitahu ujian PSA adalah alat penting dalam mengesan dan memantau pengulangan kanser prostat.

"Ujian PSA percuma oleh SunMed untuk pesakit kanser prostat sangat tepat pada masanya, berguna dan penting terutamanya kini dalam situasi pemulihan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," jelasnya.

Salah seorang survival kanser prostat yang dikenali Wong, ujian PSA ini telah memberikan jangka hayat kepadanya. Ini kerana pada usia, 65 tahun dia tidak pernah terfikir menghidap kanser berikutan gaya hidup yang sihat, namun keputusan ujian yang tidak normal memberi gambaran sebaliknya.

"PSA adalah ujian darah sederhana yang mengesan kelainan sel. Walaupun hasilnya mungkin tidak 100 peratus tepat, penyaringan awal memberikan amaran untuk pakar kesihatan menyelidiki lebih lanjut. Dan dengan pengesanan awal, ada peluang yang lebih tinggi untuk bertahan hidup.

"Dengan sekatan pergerakan yang dijangka semakin dilonggarkan selepas ini, kami menjemput mereka yang didiagnosis, menjalani rawatan dan juga disyaki mengalami masalah prostat untuk datang ke SunMed bagi membuat ujian PSA dan konsultan secara percuma," jelas Pakar Urologi Perunding, Pusat Perubatan Sunway, Dr Badrulhisham Bahadzor.



Pusat Perubatan Sunway menggunakan peralatan teknologi canggih bagi merawat penyakit kanser.

Atasi stigma

Hasil penyelidikan mendapati pesakit kanser prostat dan orang yang mereka sayangi memerlukan dorongan emosi dan aktif sepanjang diagnosis, rawatan dan tindak lanjut untuk mengatasi halangan serta mendapatkan akses kepada sokongan tambahan, terutama untuk masalah seksual, emosi dan isu psikososial.

“Mengatasi stigma adalah salah satu langkah pertama. Ramai lelaki tidak mahu tampil kerana bimbang dinilai.

"Disebabkan itu pengesanan awal tidak dapat diketahui dan membuktikan kesannya. Jadi kami percaya gabungan ujian percuma, konsultan dengan ahli urologi, dan webinar percuma dalam kempen Kesedaran Kanser Prostat SunMed akan memudahkan golongan lelaki mengambil langkah awal ini," tambah Badrulhisham.

Bukan pengakhiran

Dengan kamahiran doktor pakar, pendekatan moden penjagaan kesihatan dan kemajuan dalam perubatan, diagnosis kanser prostat bukanlah pengakhiran hidup buat lelaki.

“Pusat Perubatan Sunway kini mempunyai empat pakar urologi dan pasukan pelbagai disiplin yang telah menguruskan beberapa kes kanser paling kompleks di Malaysia dan wilayah ini. Pusat rawatan kanser kami yang komprehensif membolehkan rawatan disesuaikan dengan menggunakan pelbagai teknologi canggih," tambah Vei Ken.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain