suria

Pengiktirafan global bakar semangat... Cikgu Fana bulatkan tekad teruskan perjuangan menyebar ilmu, bantu pelajar hadapi peperiksaan

Cikgu Fana tersenyum bangga di atas pengiktirafan diterima di Education 2.0 berlangsung di Dubai Festival City, UAE.

USAHA murni pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk merangsang minat belajar dalam talian menerusi aplikasi khas akhirnya mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Ternyata aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI: Better Result yang dipromosikan tahun lalu memberi manfaat kepada ramai pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru jadi YouTuber selepas runsing fikir kehidupan selepas pencen, sanggup keliling Sarawak demi rakam content menarik!

Mana tidaknya, menerusi persidangan Education 2.0 yang menghimpunkan ramai pejuang ilmu dan akademik dari seluruh dunia itu, PTTI dinobatkan sebagai penerima Education 2.0 - Best Companies Award.

Majlis yang berlangsung di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mencatat kejayaan bermakna sekali gus menjadikannya sebagai aplikasi pembelajaran kebanggaan Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

WhatsApp Image 2022-03-24 at 11.10.52 AM

Cikgu Fana bersama tenaga penting PTTI yang terbang ke Dubai untuk menerima pengiktirafan.

Tak ketinggalan, pengiktirafan yang diterima pada 23 Mac lalu itu juga dinilai kepada sumbangan PTTI dalam menyediakan platform untuk rangkaian dan perkongsian ilmu.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana memanjat kesyukuran dan rasa bangga kerana usaha mereka dipandang di peringkat antarabangsa.

"Kejayaan ini menjadi penanda aras baharu kepada kami dalam terus memastikan niat membangkitkan sektor pendidikan di tangga paling utama. Kejayaan ini juga hasil kerja keras dan usaha pasukan kami yang menjadi nadi di sebalik susur galur kembara perjalanan PTTI.

"Tak dilupakan kepada tulang belakang, mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman, ibu bapa, keluarga tersayang dan teman.

Cikgu Fana 2

Plak pengiktirafan aplikasi PTTI sebagai penerima Education 2.0 - Best Companies Award.

"Pengiktirafan ini juga bukan penamat untuk kami statik di zon selesa. Perjuangan menyebar ilmu ini takkan pernah berakhir," kata Cikgu Fana.

Tambahnya, visi dan misi pusat ilmiah itu untuk menjadi syarikat berasaskan pendidikan dan teknologi atau disebut edutech tetap berpaksikan tiga prinsip utama.

"Pertama, kami mahu terus memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar dengan tangkas dan fleksibel. Kedua, kami juga mahu terus berinovasi untuk kualiti pendidikan yang lebih baik.

"Ketiga, untuk memastikan kami terus menyampaikan hasil terbaik demi kecemerlangan pelajar. Secara rumusannya, kami juga mengubah masa depan dan memberi impak kepada pendidikan satu bilion pelajar seluruh dunia demi hasil dan kehidupan lebih baik," katanya lagi.

WhatsApp Image 2022-03-24 at 11.10.51 AM

Cikgu Fana menerima plak pengiktirafan daripada wakil pihak Education 2.0 Industry Expert.

Selain Cikgu Fana, kunjungannya ke Dubai sejak 21 Mac lalu turut ditemani lima lagi yang lain termasuk Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali.

Pengiktirafan berkenaan dinilai daripada lima sudut termasuklah reputasi dibina, aspek kreatif, pandangan kewangan, berdaya saing dan berkepimpinan tinggi.

Penilaian dibuat berdasarkan pertimbangan serta penyelidikan teliti juga tidak syak lagi menyebelahi pusat ilmiah itu untuk diangkat sebagai penerima pengiktirafan terbabit.

Pusat ilmiah itu bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014. Bagaimanapun pada tahun 2016, pusat berkenaan menjadi semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.

Sepanjang tempoh kewujudan, pusat ilmiah itu turut menggunakan golongan berpengaruh yang cemerlang dalam akademik seperti Mira Filzah dan terbaru Iman Troye dan MK K-Clique sebagai duta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain