suria

Sanggup turun padang cuci rumah mangsa banjir... 39 pelajar USIM bersemangat sertai misi bantuan ke Terengganu

Pelajar melakukan persediaan sebelum berangkat ke Kemaman, Terengganu.

BERSEMANGAT! Itu gambaran yang boleh dikatakan mengenai sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Mana tidaknya, mereka berangkat ke Kemaman, Terengganu bagi Misi USIMPrihatin bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian Putra Aziz tamparan hebat buat Cosry... selepas 3 bulan memencil diri, Ariff Quasry kini bangkit tunaikan amanat arwah

Seramai 47 orang sukarelawan terdiri daripada 39 orang pelajar lapan kakitangan telah bertolak ke Kemaman pada Jumaat lalu dan akan berada di sana sehingga Ahad.

WhatsApp Image 2022-03-04 at 1.01.55 PM

Misi USIMPrihatin turut disertai lapan kakitangan universiti.

Lokasi di Kemaman yang menjadi fokus pasukan Misi USIMPrihatin ialah Kampung Air Puteh dengan menumpukan kepada operasi pencucian kediaman penduduk kampung yang terjejas, Sekolah Kebangsaan Air Puteh dan Masjid Kampung Air Puteh.

Selain itu turut dilaksanakan adalah agihan sumbangan barangan asas seperti makanan, keperluan bayi, ubat-ubatan, tilam dan bantal.

Menurut Umairatul Izzah Md Ariff Maricar, 24, penuntut Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang mengetuai kumpulan sukarelawan pelajar dalam misi ini, sambutan yang diterima oleh mahasiswa USIM untuk bersama dalam bantuan pasca banjir ini amat baik.

"Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertanggjawab dalam menyelaras penglibatan pelajar, kita hanya memerlukan sekitar 30 sukarelawan sahaja bagi misi ini tetapi permohonan yang diterima mencecah 70 orang.

WhatsApp Image 2022-03-04 at 1.01.56 PM

Barang-barang keperluan untuk diserahkan kepada mangsa turut dibawa.

"Ini menunjukkan siswa kita begitu prihatin dan bersedia untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan terjejas dengan bencana banjir ini. Di pihak MPP sendiri, seramai 10 orang turut bersama ke Kemaman," katanya.

Kata Umairatul yang juga Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan MPP USIM lagi, mahasiswa sentiasa bersedia untuk menyantuni masyarakat dalam pelbagai cara dan kita sebelum ini turut membantu dalam misi pasca banjir akhir tahun lalu yang berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Pelepasan kumpulan pertama misi ke Terengganu ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Dr Adnan Mohamed Yusoff bertempat di Pusat Sukan.

Dalam ucapan ringkasnya, Profesor Dr Adnan menekankan untuk warga USIM sentiasa menjaga dan menonjolkan akhlak dan teladan yang baik sepanjang menjayakan misi ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain