suria

Sanggup bantu pesakit Covid-19 sampai ke rumah, pengasas klinik bangga dapat berbakti kepada masyarakat

Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd Nafidz Hj Abdul Razak bersama sijil dan trofi The Brandlaureate Bumiputera Best Brand Award 2022 bagi kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu, nama Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) dilihat begitu aktif melakukan ujian saringan kepada masyarakat termasuk melakukan rawatan dari rumah ke rumah.

Tidak hanya itu, KMZ menjadi pilihan dan kepercayaan golongan selebriti tempatan yang ingin melakukan ujian Covid-19 dan sedikit sebanyak nama klinik itu mendapat promosi sehingga ia dikenali ramai dan menjadi sebutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua jiran saling tak kenal ‘bergabung’ cipta ais krim tarik pertama Malaysia, tak sangka raih pendapatan lumayan

Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak berkata, klinik itu menempa nama ketika fasa awal pandemik melalui Zahran Covid-19 Centre yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak berkenaan.

Kata Mohd Nafidz, ini termasuk saringan Covid-19 secara 24 jam dan menerusi khidmat bergerak ke lokasi pesakit.

KMZ

Kumpulan Megaklinik Zahran sudah ditubuhkan sejak 2013.

"Tidak hanya itu, KMZ juga sebagai Pusat Penilaian Covid-19 swasta untuk pesakit positif, pusat pemberian vaksin (PPV) dan pusat kuarantin serta rawatan wabak itu," katanya.

Mohd Nafidz juga memberitahu setakat ini, pihaknya telah membantu lebih dua juta rakyat Malaysia dalam misi membebaskan wabak berjangkit itu.

"Kami tidak akan berhenti meneruskan perjuangan ini. Pelbagai usaha akan terus dilakukan bagi membantu negara keluar daripada pandemik dan seterusnya memangkin ekonomi negara.

"Kami di KMZ optimis dengan perancangan tahun ini dan akan terus menerokai 'Tourism Medical' pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri ini antara terjejas sepanjang pandemik mengganas," ujarnya.

Kami tidak akan berhenti meneruskan perjuangan ini. Pelbagai usaha akan terus dilakukan bagi membantu negara kelua daripada pandemik dan seterusnya memangkin ekonomi negara.

DATUK MOHD NAFIDZ ABDUL RAZAK

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KMZ

Meskipun nama KMZ menjadi sebutan dalam tempoh dua tahun ini, Mohd Nafidz bagaimanapun memberitahu klinik itu sebenarnya sudah bertapak sejak 2013.

Sejak ditubuhkan, ia sudah mempunyai 11 cawangan yang beroperasi hampir di seluruh negara dan pihaknya merancang untuk membuka 12 lagi cawangan baharu tahun ini.

"InsyaAllah jika apa yang dirancangkan menjadi, KMZ akan mempunyai 23 cawangan di seluruh negara pada tahun ini.

"Telah menjadi hasrat kami untuk mencapai lebih banyak masyarakat dan memberikan perkhidmatan terbaik terutamanya dalam suasana sukar ketika ini," katanya.

WhatsApp Image 2022-02-28 at 11.02.36 AM

Mohd Nafidz bersama isteri, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman.

Sementara itu, berkat kesungguhan berjuang membantu masyarakat ketika era pandemik, KMZ turut menerima pengiktirafan The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award menerusi kategori Healthcare Integrated Private Clinic baru-baru ini.

Mohd Nafidz menyifatkan kejayaan itu adalah milik seluruh pasukan di KMZ kerana mereka adalah tulang belakang kejayaan klinik tersebut.

"Merekalah yang telah menggembling usaha serta tenaga dalam memberikan pelbagai perkhidmatan terbaik buat seluruh pelanggan dan pesakit.

"Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.

Lawatan ke rumah Aishah dan Siti Nurhaliza

Aishah dan Siti Nurhaliza antara selebriti yang turut mendapatkan khidmat KMZ.

"Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pembakar semangat termasuk membendung wabak jahat di luar sana yang masih menjadi ancaman manusia," ujarnya.

Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang telah berjaya menempa jenama di peringkat nasional.

Kebangkitan syarikat bumiputera adalah penting dalam keadaan semasa negara agar sektor-sektor perniagaan dapat kembali rancak dan membangunkan pertumbuhan negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain