suria

Gejala varian Omicron mungkin ringan, tapi ketahui sebab mengapa ia berbahaya

Varian Omicron mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia.

VARIAN terbaharu Covid-19 iaitu Omicron yang ketika ini menggemparkan seluruh dunia pertama kali dikesan di Afrika Selatan dikatakan memiliki gejala yang tidak jauh beza dengan virus lain.

Ketua Persatuan Perubatan Afrika Selatan, Dr Angelique Coetzee berkata, varian ini boleh merebak dengan lebih cepat berbanding varian lain seperti Delta.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba cara mudah sediakan air serai dan ketahui 6 manfaatnya untuk kesihatan

Dr Angelique berkata, gejala umum yang boleh dialami pesakit adalah seperti keletihan dan sakit kepala namun ia hanya gejala ringan dan boleh dirawat di rumah.

Angeliue

Dr Angelique Coetzee.

"Pesakit mengadu mereka berasa letih selama satu atau dua hari. Gejala lain yang dihadapi adalah sakit kepala dan badan selain kerongkong.

"Mereka ini tidak mengalami batuk-batuk, tidak juga hilang deria bau dan rasa," katanya ketika ditemu bual bersama BBC.

Gejala ini kata Dr Angelique menjelaskan bahawa simptom ditunjukkan varian ini tidak jauh beza dengan jangkitan virus normal.

Bagaimanapun kata Dr Angelique, meskipun tidak jauh beza dengan gejala Covid-19 yang lain tetapi apa membezakannya adalah ia memiliki tingkat mutasi lebih tinggi sehingga penularannya cepat meskipun dengan gejala ringan.

Dr Angelique merupakan salah seorang doktor yang merawat pesakit dengan varian ini di Afrika Selatan.

Omicron

Keletihan melampau antara gejala varian ini.

Kemunculan varian baharu ini telah mendorong sejumlah negara mengambil langkah cepat dengan menyekat kemasukan perjalanan dari dan ke negara-negara di kawasan Afrika selain Eropah, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menyarankan agar setiap orang kembali patuh kepada protokol kesihatan seperti menjaga jarak satu meter, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Ini kerana sudah banyak negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikat mula melonggarkan protokol itu.

Tidak hanya itu, WHO turut menyarankan agar meningkatkan ventilasi selain menghindari kawasan sesak selain segera mendapatkan vaksin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa Qi Razali meninggal dunia