suria

Jangan main letak je... 10 makanan ini tak patut disimpan dalam peti sejuk

10 jenis makanan yang tak boleh masuk peti.

PETI sejuk sentiasa menjadi penyelamat kepada mak-mak terutama sekali apabila "terbeli" makanan secara berlebihan.

Kalau boleh semua benda nak disumbat dalam peti sejuk demi memastikan makanan yang dibeli boleh tahan lama.

Namun tahukan anda tidak semua makanan boleh disimpan dalam peti sejuk?

Selain memberi kesan kepada kadar nutrisi yang ada pada makanan tersebut, menyimpan sesetengah makanan dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan makanan tersebut rosak dengan lebih cepat.

Berikut 10 bahan makanan yang tidak patut dimasukkan ke dalam peti sejuk.

file7hy7r33yhmt1cbt7t4i4

1. Tomato

Tomato yang disimpan dalam peti sejuk akan hilang rasa masamnya, oleh itu untuk mengelakkan tomato yang dibeli hilang rasa serta mengalami perubahan dari segi teksturnya, jauhkan buah tersebut dari peti sejuk.

pisang

2. Pisang

Pisang memerlukan suhu yang sederhana untuk masak jadi kalau anda ingin pisang kekal hijau, anda boleh letak pisang tersebut ke dalam peti.

Pada dasarnya pisang perlu ditempatkan di tempat yang kering serta tangkainya perlulah ditutup dengan plastik untuk memastikan jangka hayat yang lebih panjang.

3. Tembikai

Tembikai yang duduk terlalu lama dalam peti sejuk akan hilang sifat antioksidannya.

file7hz9nk4vga1160zty1jl

4. Terung

Terung merupakan sejenis sayuran yang sangat sensitif dengan suhu.

Terung yang disimpan pada suhu bawah 10 darjah celsius akan mengalami kerosakan pada tekstur dan rasannya.

Justeru itu terung perlulah disimpan pada suhu bilik dan diasingkan daripada buah dan sayuran lain.

file7g5yw2hm9bo1mvfa8i6w

5. Bawang putih

Suhu sejuk akan mengalakkan pertumbuhan akar pada bawang putih.

Oleh sebab itu, bawang putih lebih sesuai diletakkan di dalam bakul dan disimpan di kawasan yang mempunyai peredaran udara.

Bawang putih akan kekal segar untuk tempoh lebih sebulan.

file7byh8k16t4lfxegqgaf

6. Coklat

Warna putih pada coklat yang ditinggalkan dalam peti sebenarnya bukanlah kulat seperti yang disangka oleh orang ramai.

Sebaliknya, itu adalah lemak semula jadi yang terpisah dari coklat.

Coklat itu boleh dimakan namun rasanya mungkin kurang enak.

Oleh itu simpan coklat di tempat kering serta terhindar daripada cahaya matahari.

file7e5s9vfxahip5rl0gej

7. Telur

Telur tidak perlu di simpan di dalam peti sejuk, sebaliknya ia perlu diletakkan di tempat kering untuk memastikan jangka hayat yang lebih lama.

file71jvruasczbehr4y78d

8. Stawberi

Yang suka borong strawberi banyak-banyak di Cameron Highlands tu, ingat ya strawberi yang disimpan dalam peti sejuk akan hilang rasa manis serta mengalami perubahan pada teksturunya.

Strawberi sebaliknya perlu disimpan di kawsan yang terbuka serta jauh daripada sinaran matahari.

Namun sebaiknya beli strawberi pada jumlah yang sederhana supaya ia boleh dihabiskan dalam tempoh secepat mungkin.

file7ia02u2bu841i3v6kj0w

9. Roti

Roti merupakan antara makanan yang sering dimasukkan ke dalam peti ais bagi tujuan untuk mengelakkannya daripada ditumbuhi kulat.

Tapi sedar atau tidak suhu sejuk akan menyebabkan roti menjadi kering dan tidak lagi segar.

Kadangkala roti yang disimpan dalam peti untuk tempoh masa yang terlampau lama juga akan mengalami perubahan tekstur yang mana ia akan jadi terlampau lembut.

file7i4ea7a7o77h5h5xbao

10. Oren

Buah yang berasid boleh rosak jika disimpan didalam suhu yang rendah.

Kulit buat juga boleh berubah menjadi pudar dan jadi berintik-bintik apabila disimpan di dalam peti sejuk.

Oleh sebab oren mempunyai kulit yang tebal dan keras, ia boleh tahan jika disimpan pada suhu yang lebih hangat. - Indiatimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

makanan, peti sejuk, buah, sayur, roti

Artikel Berkaitan

Artikel Lain