suria

Anak-anak bimbang ibu bapa, datuk dan nenek alami sakit sendi? Ketahui apa yang diperlukan untuk atasi penyakit ini

Warga emas cenderung mengalami sakit sendi.

PELBAGAI masalah kesihatan dikaitkan dengan faktor usia dan salah satunya adalah osteoporosis yang digambarkan masyarakat sebagai penyakit orang tua.

Tanpa mengira lelaki atau wanita, masing-masing cenderung dengan penyakit ini apabila semakin menginjak usia khususnya warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Osteoporosis dan artritis selalu dikaitkan dengan peningkatan umur, lebih-lebih lagi dalam kalangan warga tua.

Osteoporosis bermaksud tulang yang rapuh, di mana ketumpatan tulang semakin menurun menjadikan individu tersebut lebih cenderung untuk mengalami patah tulang.

Ini boleh terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan antara kehilangan dan penggantian kalsium di dalam badan.

Sementara itu, artritis pula adalah keradangan sendi yang mengakibatkan kesakitan dan ketegangan.

Benarlah kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati dan seharusnya usaha dilakukan untuk memastikan masalah yang mencengkam golongan warga emas ini tidak berlarutan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan harian dengan selesa.

Oleh itu, sebaiknya sebelum mendepani hari tua, kenapa tidak kita memupuk kesedaran mengenai penyakit ini sebelum meningkat usia.

Tidak dinafikan kurang kesedaran dalam masyarakat sekiranya mereka mengalami osteoporosis disebabkan oleh kekurangan simptom-simptom awal.

Mereka hanya menyedarinya apabila mengalami kecederaan dan cenderung untuk menghadapi patah tulang.



Warga emas perlu memupuk kesedaran mengenai penjagaan kesihatan di hari tua.

Bagaimanapun, mereka yang berisiko mengalami osteoporosis seperti warga tua, perempuan yang sudah menopaus serta individu yang mempunyai latar belakang keluarga yang menghidap penyakit sama boleh mengambil suplemen seperti kalsium.

Tambahan pula, vitamin D3 juga boleh diambil bersama kalsium bagi meningkatkan kadar penyerapan kalsium, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai kurang sinaran cahaya matahari.

Bagi melegakan sakit dan kesakitan akibat artritis, glukosamin dan kondroitin boleh diambil bersama ubat-ubatan preskripsi atau rawatan bukan farmakologi.

Glukosamin ialah bahan utama dalam pembentukan struktur tulang rawan sementara kondroitin, yang memainkan peranan mengurangkan pemampatan antara sendi serta sebagai pelincir dan punca nutrisi.

Gabungan ini terbukti secara klinikal yang mampu mengurangkan kesakitan sendi seawal dua minggu.

Bukan sekadar itu, banyak lagi bahan lain yang popular untuk kesihatan sendi anda.

Antaranya adalah kunyit, di mana ia telah digunakan sebagai rempah serta pokok ubatan untuk beribu tahun dalam Ayurveda dan ubat-ubatan Cina.

Kunyit mengandungi curcumin yang berfungsi sebagai anti-radang dan antioksidan. Ia telah terbukti mempunyai banyak faedah perubatan untuk badan manusia.

Khasiat curcumin berfungsi sebagai anti-radang untuk sendi, di mana ia boleh digunakan untuk melegakan kesakitan sendi lebih-lebih lagi jika diambil bersama glukosamin.

Hasil penyelidikan mendapati dos harian sebanyak 160mg curcumin selama 90 hari mampu mengurangkan sakit sendi sebanyak 50 peratus dan mempunyai kesan yang sama seperti beberapa ubat tahan sakit yang lain.



Amalkan gaya hidup sihat tanpa mengira usia.

Bagaimanapun, satu kekurangan besar curcumin adalah mempunyai ketersediaan bio yang rendah, dan terdapat beberapa ujian yang menunjukkan kepekatan curcumin di dalam darah dan tisu usus adalah sangat rendah.

Namun, usah bimbang kerana pelbagai cara telah dilakukan bagi meningkatkan ketersediaan bionya bagi mengatasi masalah itu.

Salah satu teknologi terbaharu ialah tekonologi paten iaitu 'Solid Lipid Curcumin Particle' (SLCPTM) yang direka oleh ahli universiti sains saraf dari Verdure Science.

Teknologi ini menghasilkan sejenis curcumin yang lebih mudah serap dan di dalam bentuk yang lebih optimum, serta dapat melepasi proses pemecahan curcumin di hati dan membolehkan ia untuk sampai ke bahagian otak dan seluruh badan.

Hasil penyelidikan mendapati kadar penyerapan curcumin di dalam badan dapat meningkatkan sebanyak 65 kali daripada curcumin yang tidak diformulasi dalam badan individu yang sihat.

Selain itu, beberapa penemuan klinikal mendapati teknologi ini dapat menyampaikan curcumin bebas ke tisu-tisu sasaran dengan berkesan.

Jadi, berdasarkan maklumat yang diperoleh ini seharusnya anak-anak dapat mencari suplemen terbaik untuk ibu bapa atau nenek mereka bagi menangani masalah sakit sendi.

*Artikel ini dibawa oleh Blackmores dan Watsons sempena National Wellness Movement atau Kempen Kesejahteraan Nasional.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain