suria

Serai, bawang putih antara 5 bahan yang dibenci nyamuk... mampu jadi penghalau yang berkesan

Bawang putih antara bahan yang mampu menghalau nyamuk.

NYAMUK adalah salah satu serangga yang bukan sahaja kecil tetapi boleh mendatangkan bahaya kepada manusia jika terkena gigitannya.

Bukan hanya kegatalan dan kemerahan pada kulit, gigitan nyamuk juga boleh menyebabkan demam denggi yang jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut.

Kebiasaannya untuk mengusir haiwan kecil ini, kita akan menggunakan ubat nyamuk namun ia turut mempunyai kesan sampingan kepada kesihatan manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah tinggalkan tabiat merokok? Ketahui kesan tinggalkan rokok selepas 20 minit hingga 10 tahun!

Terdapat juga cara semula jadi untuk menghalau nyamuk dari rumah iaitu dengan menanam tanaman yang tidak disukai nyamuk dan mampu memberi perlindungan kepada kita.

Tanaman penghalau nyamuk ini akan lebih berkesan jika daunnya dihancurkan kerana ia akan mengeluarkan aroma yang dibenci nyamuk.

Berikut adalah lima tanaman yang dikatakan efektif menghalau serangga ini.

1. Serai

Serai adalah tanaman penghalau nyamuk yang sangat efektik malah tidak hairan jika ia banyak digunakan untuk menghasilkan produk komersial seperti sabun, lilin dan pewangi.

Serai memiliki aroma yang segar dan menyenangkan tetapi tidak disukai nyamuk.

2. Lavender

Bunga lavender dikenali memiliki aroma menenangkan. Ia adalah tanaman yang tahan kekeringan dan dapat tumbuh dengan baik di lokasi dengan sinaran matahari.

3. Marigold

Marigold adalah tanaman yang berasal dari benua Amerika. Selain mampu menghalau nyamuk, ia juga cukup cantik sebagai hiasan halaman rumah anda.

4. Bawang putih

Bawang putih adalah cara paling baik untuk melindungi diri daripada nyamuk yang tidak sukakan baunya yang kuat.

Paling mudah, tumbuk bawang putih dan letak di dalam bekas agar baunya dapat tersebar dan nyamuk akan terbang melarikan diri.

5. Rosemary

Bau kayu yang harum dihasilkan rosemary juga membuatkan nyamuk takut padanya. Nyamuk mungkin takut tetapi ia juga dapat menaikkan seri halaman selain mudah ditanam dan dijaga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain