Sindrom 'patah hati' meningkat sepanjang pandemik... tapi puncanya bukan ditinggalkan kekasih!

Sindrom 'patah hati' sebenarnya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

PATAH hati akibat gagal dalam percintaan memang terasa pahit. Namun sebenarnya keadaan itu tidak selalunya dikaitkan dengan hubungan yang terkandas!

Sebaliknya dalam bidang perubatan, otot jantung yang lemah juga disebut sebagai 'sindrom patah hati'.

Penemuan terbaharu mendapati, berlaku peningkatan signifikan terhadap 'sindrom patah hati' di dua hospital di Ohio, Amerika Syarikat dan pesakitnya bukan dalam kalangan yang dijangkiti koronavirus.

ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin anda tak percaya, tapi 5 penyakit ini akibat ambil mudah hal kebersihan mulut dan gigi

Fenomena itu menunjukkan tekanan fizikal, sosial dan ekonomi akibat pandemik memberi kesan kepada peningkatan pesakit sindrom 'patah hati' yang turut disebuat sebagai Takotsubo.



Sindrom 'patah hati' juga disebut sebagai Takotsubo.

Ia terjadi disebabkan otot jantung yang lemah, menyebabkan dada berasa sakit dan sesak nafas. Gejalanya mirip kepada serangan jantung namun puncanya adalah disebabkan tekanan dan bukannya saluran darah tersumbat.

Dalam beberapa kes yang berlaku di Ohio, beberapa pesakit 'patah hati' meninggal dunia, namun kebanyakannya pulih dalam beberapa minggu.

Pengkaji di Cleveland Clinic turut membuat kajian terhadap pesakit di dua hospital berkenaan yang mengalami gangguan jantung dan membandingkan dengan pesakit yang memiliki masalah serupa dalam tempoh dua tahun kebelakang.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA Network Open itu mendapati, pesakit dengan gangguan jantung sepanjang tempoh pandemik memiliki risiko mengalami 'sindrom patah hati'.

Ia selepas kumpulan pengkaji membuat penelitian terhadap 1,914 pesakit dalam tempoh dua bulan termasuk sampel daripada 250 pesakit yang dirawat sepanjang Mac dan April, iaitu puncak pandemik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Patah Hati, Jantung, Pandemik, Coronavirus

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain