Zakar tiba-tiba mengecil... Jika anda alami 5 situasi ini, ia mungkin penyebabnya!

Isu Kesihatan Lelaki

SELAIN boleh membesar dan memanjang kerana ereksi, tahukah anda bahawa zakar kaum lelaki juga boleh mengecil daripada saiz asal?

Secara umumnya, ukuran zakar ketika ia berada dalam keadaan 'lembik' adalah sekitar lima hingga 10 sentimeter (sm), manakala ketika ia mencapai ereksi pula boleh mengembang sehingga 13 hingga 14.5 sm.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan 'Mr. P' bukan sahaja tentang prestasi seksual tapi ada perkara lain perlu diberi perhatian!

Bagaimanapun disebabkan beberapa faktor, zakar seorang lelaki boleh mengecil sehingga dua sentimeter atau lebih.

Apa penyebab kepada situasi itu?





Ramai lelaki kurang memberi perhatian tentang penjagaan kesihatan alat sulit.

1. Faktor usia

Peningkatan usia adalah penyebab utama zakar mengecil. Ini kerana, semakin meningkat usia seorang lelaki, banyak lemak yang akan terkumpul pada dinding pembuluh darah badan seseorang.

Penyempitan pembuluh darah dapat mengurangkan aliran darah daripada jantung ke zakar. Tidak hanya itu, seiring dengan waktu, luka kecil yang terjadi secara berulang di kawasan sekitar alat sulit akibat aktiviti seksual atau bersukan boleh menyebabkan kepada masalah itu.

Kombinasi faktor-faktor tersebut akan mengecilkan ukuran zakar dalam keadaan ia normal mahupun ketika ereksi.



Obesiti antara punca popular zakar mengecil dalam kalangan lelaki.

2. Obesiti

Perut buncit atau masalah berat badan mampu membuatkan alat sulit kaum lelaki nampak kecil walaupun sebenarnya ukurannya tidak pernah mengalami perubahan.

Hal ini berlaku kerana sebahagian batang zakar tertutup oleh lemak di bahagian bawah perut.



Pembedahan berkaitan prostat juga boleh menjadi penyebab kepada ukuran zakar lelaki mengecil.

3. Pembedahan berkaitan prostat

Hampir 70 peratus lelaki ukuran zakarnya mengecil selepas pulih daripada pembedahan kelenjar prostat. Prosedur ini dalam istilah perubatan disebuat sebagai Protatektomi Radikal.

Para pengkaji sehingga kini tidak mengetahui punca penyebab alat sulit mengecil selepas pembedahan itu, namun pengecutan otot abnormal yang terjadi pada bahagian kelangkang dikatakan punca berlakunya situasi itu.

Biasanya, zakar akan mengecil sekitar dua ke tujuh sentimeter selepas pembedahan. Bagaimanapun, keadaan itu berbeza-beza mengikut setiap individu.



Pengambilan ubat-ubatan tertentu turut menyumbang kepada faktor zakar mengecil.

4. Kesan sampingan ubat-ubatan

Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh menjadi penyebab kepada masalah itu. Menurut laporan portal Very Well, beberapa ubatan ini dikatakan penyebab pengecilan zakar lelaki termasuklah;

A. Adderal - yang diberikan kepada pesakit dengan gangguan hipersensitif atau ADHD.

B. Antidepresi dan antipsikotik.

C. Dutasteride (Avodart) - yang digunakan untuk merawat masalah pembesaran prostat.

D. Finasteride (Proscar) - yang digunakan untuk mengubati pembesaran prostat.

5. Peyronie

Penyakit Peyronie adalah keadaan di mana zakar membengkok akibat pembentukan plak yang terkumpul dan mengeras. Ia biasanya bertukar menjadi jaringan parut pada batang alat sulit lelaki.

Penebalan jaringan parut ini lama-kelamaan akan membuatkan zakar melengkung dan membengkok. Hal ini turut menyebabkan saiz zakar mengecil.

Biasanya lelaki dengan masalah ini akan berasa sakit apabila zakar dalam keadaan menegang dan tidak mampu melakukan hubungan intim.



Terdapat pelbagai cara untuk mengembalikan ukuran zakar termasuklah menjaga pemakanan, kesihatan dan berhenti merokok.

Mampukah saiz zakar kembali kepada normal?

Kemampuan zakar seorang lelaki untuk kembali kepada ukuran asal sebenarnya bergantung kepada penyebabnya. Jika alat sulit mengecil disebabkan obesiti, cara paling berkesan adalah bersenam dan mendapatkan berat badan ideal.

Jika menggunakan ubat tertentu, dapatkan nasihat doktor sama ada ia berisiko terhadap saiz dan kesihatan alat sulit. Jika ya, doktor akan menurunkan dos atau menukar kepada ubat lebih sesuai.

Selain itu, terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan oleh kaum lelaki bagi memastikan kesihatan zakar mereka termasuklah;

1. Melakukan senaman

2. Pengambilan makanan bergizi dan nutrisi tinggi

3. Berhenti merokok

4. Jangan memakai seluar ketat

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain