suria

Virus Covid-19 'degil', pastikan guna air panas ketika mencuci pakaian... lebih panas lagi bagus

Penggunaan suhu lebih tinggi boleh membunuh virus.

MENCUCI pakaian menjadi lebih rumit sepanjang tempoh pandemik koronavirus yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Mana tidaknya, setiap kali meninggalkan rumah untuk membeli barang keperluan misalnya, ada kemungkinan pakaian anda dicemari virus berbahaya itu.

SARS-CoV-2, virus yang mengakibatkan Covid-19 boleh hidup beberapa jam di luar tubuh manusia, bergantung kepada jenis permukaan yang dicemarinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Musim Covid-19 ramai berlumba-lumba telan vitamin C... Tapi jangan berlebihan kerana ada bahayanya!

Covid-19 boleh merebak melalui titisan dari hidung dan mulut dan boleh menjangkiti seseorang selepas batuk atau bersin.

Setiap kali seseorang itu batuk, ia akan menghasilkan sehingga 3,000 titisan kira-kira bersaiz antara satu ke lima mikrometer iaitu 30 kali lebihkecil berbanding lebarnya rambut manusia.

Kajian terkini yang dijalankan Neeltje van Doremalen, virologi yang menjalankan penyelidikan berkaitan virus  di Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH) bersama rakannya di Makmal Rocky Mountain di Hamilton, Montana.

Virus akan lebih cepat mengering dan menyera pada permukaan fiber semulajadi.

Kerjasama itu bagi mengkaji jangka hayat virus berkenaan pada permukaan berlainan dan antara hasilnya adalah ia boleh bertahan sehingga 24 jam pada kadbod dan antara dua ke tiga hari pada plastik dan permukaan logam.

Kajian itu juga mendapati, virus itu dapat kekal bertahan dan menjangkiti ketika berada di udara selama tiga ham selepas seseorang itu batuk.

Sehubungan itu, jika anda tidak menyentuh apa-apa di luar kediaman, masih ada kemungkinan anda berjalan melintasi udara tercemar sekali gus ia boleh terperangkap pada permukaan pakaian anda.

Selain itu, ketua bahagian ekologi virus Makmal Rocky Mountain bagaimanapun memberitahu, virus itu akan lebih cepat mengering dan menyerap pada permukaan fiber semula jadi. Seolah-olah ia akan lebih pantas lemah pada pakaian berbanding tangan.

"Kami jangka, oleh kerana material berliang, ia akan mengering dengan pantas dan terperangkap dalam fiber," katanya kepada BBC.com.

Setakat ini, tiada kajian yang dapat memastikan berapa lama virus itu boleh bertahan pada pakaian.

Berikutan itu juga, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat (CDC) menasihatkan orang ramai supaya mencuci pakaian yang dipakai di luar rumah serta merta menggunakan air panas serta sabun pencuci berkualiti, seperti mana dilaporkan South China Morning Post.

Air panas dan sabun telah terbukti berkesan dapat menyahaktifkan virus berbahaya itu. Lebih panas air yang digunakan adalah lebih bagus.

Menurut CDC, suhu melebihi 75 darjah Celsius dapat membunuh kebanyakan virus disebabkan selsema.

Anda boleh mencuci pakaian menggunakan tangan atau mesin basuh. Bagaimanapun, pastikan anga membasuh tangan selepas memcuci pakaian yang kotor.

Jika anda tidak mempunyai masa atau sumber untuk mencuci pakaian serta merta, adalah dinasihatkan ke pusat mencuci untuk melakukannya. 

Yang pasti, anda perlu membersihkan beg pakaian kotor selepas ia dikosongkan untuk membasmi kuman dan memastikan ia bersih untuk digunakan semula.-thejakartapost.com







Covid-19, virologi, Montana, virus

Artikel Berkaitan

Artikel Lain