suria

Musim Covid-19 ramai berlumba-lumba telan vitamin C... Tapi jangan berlebihan kerana ada bahayanya!

Vitamin C memang baik untuk kesihatan tetapi jangan ambil secara berlebihan.

VITAMIN C merupakan nutrisi penting bagi meningkatkan imunisasi tubuh dan kita digalakkan  untuk makan buah-buahan serta sayur-sayuran kerana ia kaya dengan vitamin tersebut.

Ditambah dengan wabak Covid-19 ketika ini, ramai mula mendapatkan vitamin itu sebagai langkah pencegahan namun kiya juga perlu berhati-hati ketika mengambil vitamin C.

Ini kerana pengambilan vitamin C dalam dos tinggi dapat menimbulkan kesan samping yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil katanya tak elok makan mi segera, tapi kalau dah mengidam ikut cara ini

Berikut adalah beberapa kesan sampingan pengambilan vitamin C secara berlebihan atau dalam dos tinggi.

1. Menyebabkan masalah pencernaan

Masalah pencernaan seperti cirit-birit adalah kesan sampingan paling biasa terutamanya jika seseorang itu mengambil vitamin C dalam bentuk tablet.

Gangguan itu boleh berlaku jika anda mengambil vitamin C lebih daripada 2,000 miligram (mg) sekaligus.

Buah-buahan kaya dengan sumber vitamin C. 

2. Zat besi berlebihan

Vitamin C berperanan untuk menyerap zat besi daripada sayur-sayuran dan kajian mendapati, penyerapan zat besi meningkat sehingga 67 peratus ketika seorang dewasa mengambil 100mg vitamin C.

Bagi individu yang mempunyai masalah seperti hemochromatosis iaitu kadar zat besi dalam tubuh berlebihan dan akan melekat pada organ seperti jantung, pankreas dan sendi. Jadi anda harus berhati-hati dengan suplemen vitamin C.

3. Meningkatkan risiko batu karang

Lebihan kandungan vitamin C yang dikeluarkan daripada tubuh sebagai oksalat iaitu garam asid oksalik yang terbentuk sebagai hasil sampingan dalam berbagai-bagai tisu tumbuhan dalam air kencing.

Namun dalam beberapa situasi, oksalat ini akan membentuk sebagai kristal yang pada akhirnya menjadi batu karang. Pengambilan vitamin C berlebihan berpotensi meningkatkan jumlah oksalat dalam urin sekaligus menyebabkan pembentukan batu karang.

Kajian mendapati, pengambilan vitamin C sebanyak 1,000 mg oleh orang dewasa dua kali sehari selama enam hari akan meningkatkan peratusan oksalat sebanyak 20 peratus.

Medical News Today pula melaporkan, orang dewasa dinasihatkan untuk mengambil 90mg vitamin C sahaja bagi kaum lelaki manakala 75mg (perempuan) setiap hari.

Berikut adalah tahap pengambilan vitamin C berdasarkan usia seseorang;

1. 400mg : 1-3 tahun

2. 650mg : 4-8 tahun

3. 1,200mg : 9-13 tahun

4. 1,800mg : 14-18 tahun

5. 2,000mg : 19 tahun dan ke atas

Vitamin C, Covid-19, Pencernaan, Zat Besi

Artikel Lain