Kepuasan seksual, masalah mental antara 6 sebab suami sanggup berlaku curang! - Famili | mStar

Kepuasan seksual, masalah mental antara 6 sebab suami sanggup berlaku curang!

Sikap curang sang suami boleh memberi kesan mendalam kepada isteri.

HATI wanita mana yang tidak remuk apabila mendapat tahu suami yang disayangi berlaku curang.

Apabila perkara itu terjadi, sudah pasti pelbagai pertanyaan muncul di dalam benak bagi mencari jawapan mengapa si suami tergamak bermain kayu tiga walaupun sudah melakukan yang terbaik bagi membahagiakan rumah tangga yang dibina.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih terkenangkan bekas kekasih? Ada 4 tanda pasangan anda belum 'move on'!

Dari segi psikologi, ada beberapa sebab yang mendorong seorang lelaki bersikap curang terhadap pasangan mereka.

Ya, kekurangan diri si isteri bukanlah punca atau alasan sebenar mereka berani menduakan pasangan kerana sebenarnya terdapat faktor lain yang mendorong mereka melakukan perbuatan itu.

Kebanyakan lelaki yang bersikap curang juga sedar akan risiko perbuatan itu termasuk perceraian tetapi mereka tetap melakukannya.

Berikut adalah beberapa alasan mengapa suami anda berlaku curang!

1. Tidak dapat berfikir secara matang

Jika seorang lelaki tiada pengalaman dalam hubungan serius atau berfikir bahawa bersikap curang boleh melukakan hati banyak orang, individu jenis ini sebenarnya merasakan curang bukan satu kesalahan.

Sebaliknya mereka menjadikan perkahwinan itu sebagai satu 'topeng' bagi melepaskan diri walaupun sebenarnya ia menjerat diri sendiri.

Jika seorang lelaki berfikiran begitu, dia sebenarnya adalah seorang yang tidak matang!

2. Tidak yakin dengan diri sendiri

Perasaan tidak yakin dan percaya dengan diri sendiri seperti merasakan diri tidak tampan, miskin, bodoh berkemungkinan menyebabkan mereka menjadikan ia sebagai alasan untuk curang.

Lelaki dengan sikap ini dahagakan pengiktirafan daripada wanita selain pasangannya dalam membuktikan apa yang difikirkan tentang dirinya adalah salah.

3. Kepuasan seksual tidak dipenuhi

Berbanding wanita, lelaki lebih berpotensi bersikap curang kerana kepuasan seksual tidak dipenuhi. Ini kerana lelaki lebih gemar menunjukkan rasa cinta terhadap pasangan secara fizikal berbanding kata-kata.

Oleh sebab itu, aktiviti seks adalah penting bagi seorang suami menunjukkan keintiman dan rasa sayang terhadap isteri. Sekiranya pasangan menolak, lelaki akan mudah rasa seperti tidak diingini sekaligus menyebabkan dia 'makan luar' untuk mengecap rasa bahagia.

Kajian turut membuktikan, lelaki yang bermain kayu tiga berharap mendapat kehidupan seksual yang lebih baik daripada pasangan.

4. Gangguan bipolar

Percaya atau tidak, masalah kesihatan mental bipolar boleh menjadi penyebab suami anda bersikap curang.

Ini kerana, gangguan bipolar terdapat beberapa tahap termasuk kemurungan yang membuatkan mereka melakukan perkara berisiko seperti mengambil bahan terlarang secara berlebihan.

Perkara ini, menyebabkan keretakan dalam hubungan suami-isteri yang akhirnya lelaki mengambil jalan untuk bersikap curang.

Dalam fasa kemurungan dengan gangguan bipolar juga boleh menyebabkan seseorang mengalami penurunan keinginan seksual selain berasa kurang kasih sayang.

5. Tidak lagi tertarik dengan perkahwinan

Jika masa bercinta lelaki boleh 'buat hal', inikan pula ketika sudah berumah tangga! Jika sudah tidak berminat dengan perkahwinan, curang adalah pilihan.

Apatah lagi, sekiranya mereka bertemu dengan pasangan yang mampu memenuhi semua permintaan mereka.

6. Trauma

Percaya atau tidak, trauma akibat kejadian ketika kecil juga boleh mempengaruhi perilaku seorang lelaki dalam melayari sesebuah hubungan.

Kajian mendapati, lelaki yang mempunyai ibu bapa dengan sejarah perceraian akibat kecurangan, maka ia berpotensi melakukan tindakan sama.

Pasangan , Suami , Isteri , Hubungan , Curang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain