Masih terkenangkan bekas kekasih? Ada 4 tanda pasangan anda belum 'move on'! - Famili | mStar

Masih terkenangkan bekas kekasih? Ada 4 tanda pasangan anda belum 'move on'!

Terdapat beberapa tanda yang boleh dikesan bagi mengenal pasti sama ada pasangan anda sudah melupakan bekas kekasihnya atau pun tidak. - Gambar Sekadar Hiasan

CUBA bayangkan, ketika anda menjalinkan hubungan dengan seseorang untuk tempoh yang lama dan sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan, rupa-rupanya si dia masih terkenangkan bekas kekasihnya!

Barangkali ia situasi yang sangat memeritkan hati dan perasaan kerana panas yang diharap sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Tapi sebenarnya terdapat beberapa tanda yang boleh anda kesan sama ada pasangan anda sudah move on atau sebaliknya daripada bekas kekasih mereka.

Berwaspadalah dengan tanda-tanda ini bagi membolehkan anda membuat keputusan tepat dan tidak menyesal di kemudian hari.

Jika pasangan anda masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya di media sosial besar kemungkinan dia masih belum move on!

1. Mengeluh tentang bekas kekasih

Tanda jelas seseorang itu masih belum melupakan hubungannya yang lalu apabila dia kerap membangkitkan tentang mereka, malah meluahkan rasa marah, benci dan sedih.

Ia sama ada si dia masih menyayanginya atau benar-benar membenci sehingga tidak dapat melupakannya - Sudah tiba masanya anda berbicara dengannya untuk mendapatkan kepastian.

2. Masih berhubungan

Terdapat pelbagai pandangan seseorang masih berhubungan dengan bekas kekasih mereka, namun yang sebenarnya si dia masih belum bersedia untuk melangkah pergi daripada hidup bekas kekasihnya.

Sayang itu mungkin sudah tiada namun sikap pasangan anda yang masih ingin mengetahui perkembangan bekas kekasihnya boleh menyebabkan salah faham di kemudian hari. Jadi, berhati-hatilah.

Bahaya sebenarnya apabila pasangan anda masih berhubungan dengan bekas kekasihnya. 

3. Follow media sosial

Zaman teknologi hari ini cukup mudah untuk terus stalk bekas kekasih dan terima kasih kepada media sosial yang membolehkan ia berlaku.

Cuba anda semak media sosial pasangan anda, jika masih mengikuti profil bekas kekasihnya besar kemungkinan dia masih belum melupakan si dia.

Dapat melihat gambar dan mengetahui perkembangan si dia juga sudah cukup membuatkan seseorang itu terus berpaut kepada memori lama.

4. Sebut nama bekas kekasih tanpa sengaja

Sedang sibuk bersembang, si dia tiba-tiba memanggil anda dengan nama bekas kekasihnya. Ia bukan sahaja mendatangkan kemarahan malah ia bukti fikirannya masih memikirkan sejarah lama. - TEMPO

Pasangan , Cinta , Wanita , Lelaki , Perhubungan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain