Baring dalam posisi bersujud antara 6 cara dapat cepat legakan migrain tanpa painkiller! - Famili | mStar

Baring dalam posisi bersujud antara 6 cara dapat cepat legakan migrain tanpa painkiller!

Tips menarik cara melegakan rasa migrain dengan cepat tanpa mengambil painkiller.

PERNAHKAH anda alami migrain yang teruk, hinggakan mahu menghantuk kepala ke dinding?

Migrain atau 'Vascular headache' adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang-ulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. 

Umum mengetahui migrain melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya.

Menurut portal myhealth, migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta elakkan diri dari perkara yang dikenal pasti sebagai punca ia berlaku seperti stress, terdedah di bawah pancaran matahari pada tempoh lama, berada dalam suasana bising, bingit dan sebagainya.

Berikut adalah antara enam cara pantas bagi menghilangkan rasa migrain tanpa mengambil painkiller:

ARTIKEL BERKAITAN: Ini beza sakit kepala dan migrain serta penyebabnya!


Cahaya terang menyebabkan kesukaran untuk anda tidur dengan nyenyak.

1. Duduk dalam gelap

Mungkin kedengaran agak pelik, namun cara ini mampu membantu mengurangkan rasa migrain anda!

Segera berehat di dalam bilik yang gelap, ini kerana cahaya yang terlalu terang antara punca anda migrain. Selain itu, cahaya juga mampu menyebabkan migrain anda semakin teruk.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan ‘sleep mask’  semasa tidur untuk meminimumkan cahaya.

Elakkan dari terus basahkan bahagian kepala.

2. Basahkan rambut

Mengikut petua masyarakat Cina, basahkan rambut antara cara yang berkesan untuk melegakan rasa migrain.

Anda hanya perlu basahkan keseluruhan rambut dari hujung hingga ke kulit kepala. Namun begitu, dahulukan dengan mencurahkan air bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. Cara ini membantu menyejukkan kepala yang panas.

Salah satu cara lain adalah dengan duduk di bawah pancuran air selama dua ke tiga minit semasa anda mandi.

Ketulan ais mampu memberikan stimulasi emosional yang positif.

3. Letak pek ais 

Cara ini berkesan jika anda diserang migrain semasa anda sedang bekerja atau ketika anda berada di luar. Mustahil untuk anda membasahkan rambut atau berada di bawah pancuran air.

Jadi, anda hanya perlukan pek ais untuk diletakkan di kepala. Letakkan pek ais tersebut di bahagian yang paling sakit dan biarkan sekitar dua ke tiga minit. Ulang sehingga anda merasa migrain semakin berkurang. Terapi ini juga dapat meningkatkan mood dan membangkitkan rasa segar dalam diri anda.

Oh ya! Jangan lupa untuk lapitkan bersama kain supaya kepala serta pakaian anda tidak basah. Atau, anda juga boleh gunakan cool fever.


Minyak aromaterapi mampu mengurangkan sakit kepala.

4. Aromaterapi

Selain menggunakan minyak panas, minyak aromaterapi (seperti lavenda dan green tea) juga membantu untuk menghilangkan rasa migrain.

Cepat-cepat sapukan minyak ke kepala, leher, belakang telinga serta tengkok supaya migrain anda tidak berterusan.

Selepas menyapu minyak, urut perlahan-lahan supaya darah di kepala bergerak dengan lancar.

Kosong fikiran anda  dan bertenang dapat menghilangkan rasa migrain.

5. Bertenang

Umum mengetahui berada dalam suasana yang sunyi, damai, sejuk serta selesa sangat membantu menghilangkan rasa migrain.

Rasa migrain akan terus menyerang jika anda berada dalam suasana sebaliknya seperti suasana bising, bingit, panas, sesak dan merimaskan.

Oleh itu, anda perlu berada dalam suasana yang tenang bagi mendapatkan rehat yang secukupnya.

Baringkan badan anda di dalam keadaan yang anda selesa.

6. Tidur atau berbaring dalam posisi terbalik (bersujud)

Mungkin kedengaran tidak masuk akal. Namun, percayalah ianya sangat berkesan jika anda mengalami migrain.

Dengan mengenakan posisi bersujud membolehkan darah mengalir memasuki semua saluran darah yang berada si dalam otak.

Ia membantu menghilangkan rasa migrain yang teruk. Oleh itu, kekal berada dalam posisi bersujud sehingga migrain anda berkurang.

Itu sahaja sedikit sebanyak tips dan cara bagi membantu melegakan rasa migrain anda. Namun, jika ia masih berlarutan pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor. Semoga kekal sihat!

Migrain , melegakan , cara

Artikel Lain