Jambu batu merah bukan sahaja enak, ketahui 8 khasiat untuk kesihatan anda! - Famili | mStar

Jambu batu merah bukan sahaja enak, ketahui 8 khasiat untuk kesihatan anda!

Jambu batu merah mempunyai pelbagai khasiat selain ia enak dimakan begitu sahaja.

JAMBU batu merah atau pink guava sememangnya diketahui boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya seseorang disahkan menghidap demam denggi.

Tetapi tahukah anda, jambu batu merah ini sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat lain termasuk daunnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sila ambil perhatian, ada 4 sebab ubi kentang bertunas, berwarna hijau bahaya dimakan!

Apa kata baca fakta selanjutnya untuk mengetahui khasiat buah ini.

1. Bantu penurunan berat badan

Berita baik buat yang ingin menguruskan badan! Jambu batu merah dapat membantu kerana kandungan kalorinya yang rendah.

Tidak hanya kalorinya rendah, jambu batu merah juga kaya dengan serat yang mengenyangkan.

Daun jambu batu merah juga mempunyai pelbagai khasiat.

2. Melegakan 'period pain'

Tanyalah mana-mana wanita, setiap kali datang bulan ia pasti mengganggu aktiviti harian mereka tapi ketidakselesaan itu mungkin dapat dikurangkan dengan memakan jambu batu merah.

Terdapat kajian menunjukkan pengambilan ekstrak daun jambu batu merah sebanyak enam miligram setiap hari dapat mengurangkan rasa sakit ketika haid.

3. Mengatasi masalah sembelit

Ekstrak daun jambu batu merah kaya dengan anti bakteria dapat membantu melawan bakteria penyebab masalah sembelit atau cirit birit.

4. Anti kanser

Walaupun pelbagai kajian masih dilakukan, namun daun buah ini juga dikatakan mampu bertindak sebagai anti kanser selain menghentikan pertumbuhan sel-sel baru dalam badan pesakit.

Jusnya juga mempunyai pelbagai khasiat.

5. Menurunkan tekanan darah

Bagi pesakit darah tinggi, elok mengamalkan makan pink guava kerana kandungan antioksidan di dalamnya boleh membantu menurunkan tekanan darah dan melebarkan pembuluh darah.

6. Meningkatkan sistem imun tubuh

Vitamin C cukup penting dalam meningkatkan sistem imunisasi badan seseorang dan sumber vitamin itu kaya dalam jambu batu merah.

7. Menjaga kesihatan kulit

Ingin nampak lebih muda dan berseri? Amalkan makan buah ini kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan yang melambatkan penuaan.

8. Menurunkan kadar gula

Ekstrak daun pink guava dipercayai dapat membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes jika diamalkan setiap hari.

Jambu Batu Merah , Pink Guava , Buah-buahan , Tip

Artikel Berkaitan

Artikel Lain