‘Male birth control’ bukan penyebab mati pucuk! Wahai lelaki… ketahui 4 kaedah berkesan kawal kehamilan - Famili | mStar

‘Male birth control’ bukan penyebab mati pucuk! Wahai lelaki… ketahui 4 kaedah berkesan kawal kehamilan

Usah risau kerana empat teknik perancang keluarga ini bagi lelaki tiada kesan sampingan.

SEBUT sahaja mengenai kaedah mencegah unplanned pregnancy  atau kehamilan yang tidak dirancang semestinya golongan lelaki menunding jari kepada kaum hawa untuk mengamalkan pil perancang atau mungkin juga melalui proses pemandulan.

Tidak kasihankah anda kepada golongan wanita bergelar isteri dan ibu ini kerana terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh kaum hawa untuk anda. 

Misalnya, mengandungkan bayi anda selama sembilan bulan, melahirkan serta menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Belum lagi dengan urusan rumah tangga dari memasak hinggalah ke mengemas rumah, selain bergegas untuk melaksanakan tanggungjawab di tempat kerja.

Jadi tak salah jika sesekali anda sebagai kaum lelaki membuat pengorbanan pulakan? Menurut The Asian Parent  terdapat beberapa kaedah selamat dalam perancangan keluarga yang boleh dilakukan oleh ketua keluarga:

ARTIKEL BERKAITAN: Jika terjadi 5 masalah ini, kandungan anda mungkin dalam bahaya!

Kondom juga boleh didapati dalam pelbagai perisa.

1. Menggunakan kondom

Teknik menggunakan kondom biasa diguna bagi pasangan suami isteri yang bersetuju dengan kaedah perancang keluarga.

Ini kerana ia memiliki fungsi khas bagi membantu mencegah kehamilan serta mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit melalui hubungan kelamin.

Namun anda perlu menggunanya dengan teknik yang betul semasa melakukan hubungan intim supaya kebocoran air mani tidak berlaku.

Untuk pengetahuan anda, kes kondom bocor ini sangat rare, jadi anda perlu bijak tidak hanya dengan cara penggunaannya malahan jenama dan kualiti juga perlu diambik kira. 

Kaum lelaki perlu lebih peka dalam menggunakan teknik inzal.

2. Teknik inzal luar

Jika anda dan pasangan bersetuju untuk melakukan perancangan keluarga, teknik buang air mani di luar merupakan antara cara yang selamat bagi mencegah isteri anda dari kehamilan.

Bahkan teknik ejakulasi luar fajar ini antara yang sering diamalkan oleh pasangan suami isteri sehingga kini kerana ianya lebih selamat serta tidak akan mendatangkan kesan sampingan.

Namun, anda perlu diingatkan bahawa teknik ini tidak digalakkan untuk pasangan yang baru berkahwin terutamanya bagi anda yang jenis strong will power. Mungkin bagi pengantin baru ini boleh cuba cara atau kaedah lain.

Vasektomi tidak akan menyebabkan mati pucuk keatas kaum lelaki.

3. Vasektomi

Vasektomi adalah kaedah ketiga yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki untuk merancang keluarga serta mencegah isteri dari kehamilan.

Menerusi cara ini, pembedahan perlu dilakukan untuk memotong saluran vas deferens di bahgian alat sulit lelaki bagi mencegah sperma dari keluar ketika ejakulasi.

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa prosedur vasektomi merupakan kontrasepsi kekal yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki. Tetapi anda tidak perlu risau kerana prosedur ini tidak akan menyebabkan anda mati pucuk seperti kepercayaan sesetengah orang.

Tidak digalakkan pengambilan pil perancang bagi lelaki  kerana masih lagi dalam kajian.

4. Pil perancang bagi lelaki

Menariknya, pil perancang bagi lelaki ini baru sahaja melepasi fasa satu iaitu human safety test  atau ujian keselamatan untuk manusia, namun anda tidak digalakkan mengambilnya kerana masih lagi dalam kajian.

Melalui keputusan eksperimen yang dibentangkan dalam mesyuarat tahunan Endocrine Society's di New Orleans, Los Angeles, pil perancang kehamilan lelaki yang menggabungkan dua hormon (andriogen dan progesterone) ini berjaya mengurangkan bilangan sperma tanpa menganggu keupayaan libido lelaki.

Keputusan ini hasil ujikaji keatas 40 lelaki yang diberikan pil 11-beta-MNTDC atau pil 'tipu' secara rawak selama 28 hari selepas makan.

Namun begitu, tempoh ujian adalah terlalu singkat untuk memastikan keberkesanan pil tersebut.

Akhir sekali, perlu diingat bahawa pengetahuan mengenai kesihatan seksual dan reproduktif terutamanya bagi pasangan yang baharu berkahwin adalah sangat penting. 

Fakta yang diketengahkan ini diharap dapat dikongsikan dan dimanfaatkan dengan cara betul buat pasangan yang ingin merancang keluarga.

lelaki , cegah , kehamilan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain